Perkhidmatan pengiring bermotosikal polis (police outriders) yang mengiringi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ditarik kerana perjuangkan hak rakyat dan negara.


Perkhidmatan pengiring bermotosikal polis (police outriders) yang mengiringi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan telah ditarik balik.Free Malaysia Today melaporkan, perkara itu turut disahkan oleh seorang pembantu bekas Perdana Menteri itu.Ujarnya, polis tidak akan lagi menyediakan perkhidmatan dua pengiring berkuatkuasa bermula 28 April 2016.

“Bagaimanapun, saya tidak mengetahui mengapa perkhidmatan polis pengiring itu ditarik balik,”katanya.Kebiasaannya, pergerakan Tun Mahathir akan diiringi oleh dua pengiring bermotosikal polis.
Terdahulu, wartawan veteran, Datuk Kadir Jasin menerusi blognya turut mengatakan bahawa khidmat pengiring bermotosikal polis Tun Mahathir telah ditarik balik.Bagaimanapun, pasukan ADC dan Unit Gerakan Khas yang bersama dengan bekas Perdana Menteri itu masih ada.

Dakwa beliau, mungkin dalam perkiraan mereka yang menghentikan perkhidmatan polis pengiring itu merasakan bahawa tanpa ‘outriders’ perjalanan Tun Mahathir ke majlis-majlis Deklarasi Rakyat boleh disukarkan.Tun Mahathir yang disingkirkan dari  UMNO dan bergerak aktif bersama rakyat untuk menjatuhkan  Najib yang terbukti bersekongkol menutup penipuan dan penyelewengan dalam 1MDB..

SHARE THIS

Author:

Previous Post
Next Post