Kementerian Kewangan dan kerajaan Malaysia akan menanggung biawak Hidup 1MDB.Bertapa beruntungnya menjadi penjilat Najib, songlap berpuluh billion kerajaan kena tanggung.

Putrajaya_Malaysia_Ministry-of-Finance-01


Kementerian Kewangan mengesahkan akan mengambil tanggungjawab obligasi kewangan tertunggak syarikat sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) susulan pembatalan dengan syarikat berpangkalan di Abu Dhabi yang membuat pengumuman di Bursa Saham London semalam.
International Petroleum Investment Company (IPIC) dan anak syarikatnya, Aabar Investment PJS menamatkan perjanjian dengan 1MDB yang dipersetujui tahun lalu bagi membiaya hutang mereka.“MOF (Kementerian Kewangan) berhasrat menjelaskan kami akan meneruskan menghormati semua komitmen tertunggak dalam pasaran kewangan,” kata kementerian tersebut dalam satu kenyataan pendek semalam.

1MDB juga mengesahkan pembayaran faedah yang dijadualkan kepada pemegang bon tidak dapat dibuat ekoran pertikaian antara syarikat pelaburan dana negara dengan IPIC.IPIC, dalam pengumuman semalam, berkata ia dan anak syarikatnya itu tidak lagi bertanggungjawab kerana 1MDB dan Kementerian Kewangan (MOF) gagal membayarnya lebih AS$1 bilion seperti yang dijanjikan.
“1MDB dan MOF sudah gagal melaksanakan pembayaran tertentu dan kewajipan lain yang perlu dilaksanakan kepada kumpulan IPIC menurut perjanjian berkenaan, termasuk kewajipan untuk membayar kepada IPIC AS$1,102,725,000 ditambah dengan faedah. – 18 April, 2016.



Bertapa beruntungnya menjadi penjilat Najib, songlap berpuluh billion kerajaan kena tanggung.
Pelajar nak belajar gagal bayar kena buru macam anjing hanya kerana gagal bayar beberapa ribu ringgit hutang untuk belajar,sedangkan  setiap rakyat dipaksa bayar cukai  6% peratus setiap hari. 




SHARE THIS

Author:

Previous Post
Next Post