Latest
Loading...
Bukti Najib  memang pengkhianat bangsa dan negara sudah terpampang dimerata-rata dengan pelbagai pengkhianatan.

Bukti Najib memang pengkhianat bangsa dan negara sudah terpampang dimerata-rata dengan pelbagai pengkhianatan.

Hampir 1,000 orang hadiri perhimpunan bantah DLP


Hampir 1,000 orang hari ini menyertai himpunan membantah pelaksanaan Dual Language Programme (DLP) di padang Tasik Titiwangsa.Himpunan yang bermula pada jam 2 petang itu dianjurkan oleh Kongres Rakyat di bawah PAS dan Gerakan Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Himpunan ini sepatutnya diadakan di Dataran Merdeka tetapi diubah dua hari lalu.Bagaimanapun dimaklumkan terdapat majlis diadakan di Dataran Merdeka pada hari dan masa yang sama.Menurut Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pihaknya bukan menolak bahasa Inggeris sebaliknya menolak DLP kerana Bahasa Melayu dijamin di dalam perlembagaan.
Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali ketika menyampaikan ucapan menyifatkan Umno gagal dalam semua aspek khususnya memastikan hak orang Melayu terus terjamin.Justeru beliau melihat PAS mampu untuk menggalas tanggungjawab yang selama ini dijalankan oleh pihak kerajaan, bahkan jalan parti Islam itu akan semakin mudah selepas tidak lagi bekerjasama dengan DAP.
Ibrahim mendakwa bahawa kerajaan yang ada pada hari ini ialah kerajaan yang gagal, sudah gagal dalam segala-galanya, gagal mementingkan citarasa majoriti penduduk, kaum bumiputera khususnya Melayu Muslim."Gagal mendukung negara yang Merdeka. Banyak isu yang kita hadapi, kita berhimpun banyak kali pun tidak akan mengubah sikap mereka di atas
"Bila PAS cerai dengan DAP tidak ada lagi Cina buta, masa depan Melayu bukan hanya boleh digalas Umno tapi boleh juga digalas PAS, ini (DLP) bukan agenda politik," katanya.Beliau dalam pada itu mengajak NGO Melayu memberi amaran kepada kerajaan BN untuk tidak melaksanakan program DLP termasuk beberapa isu berkaitan dengan mahasiswa Bumiputera.
"Cadangan kita saya ajak NGO-NGO yang ada kita buat pendirian bersama secara terbuka memberi kata dua kepada pihak pemerintah jika mereka menodai bahasa kebangsaan termasuk isu DLP ini juga perkara berkaitan biasiswa," ujar beliau.Selain Tuan Ibrahim antara pemimpin PAS yang kelihatan hadir adalah Naib Presiden Idris Ahmad, Mahfodz Mohamed dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Muhammad Khalil Abdul Hadi.
Turut hadir ialah tokoh sasterawan selaku pejuang bahasa kebangsaan Datuk A Samad Said.Pada 26 Mac, perhimpunan yang sama juga telah diadakan dihadapan LRT Masjid Jamek, yang dihadiri oleh PKR dan DAP.DLP bakal diperkenalkan di sekolah yang bersedia melaksanakannya dengan persetujuan pihak tertentu termasuk sekolah dan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG).
Pada pembentangan Bajet 2016, Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan DLP itu bakal ditawarkan kepada 300 sekolah di seluruh negara sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuhkan penggunaan Bahasa Inggeris.
Di bawah program itu kelak, sekolah akan diberi pilihan untuk mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia untuk murid Tahun 1 dan Tahun 4.
Senibina Freemason Di Malaysia.Freemason sedang giat merancang untuk menguasai Malaysia dan seluruh dunia.

Senibina Freemason Di Malaysia.Freemason sedang giat merancang untuk menguasai Malaysia dan seluruh dunia.

Senibina Freemason Di Malaysia.
Kalau kita melihat senibina tempat-tempat menarik di Malaysia ini, sebenarnya ada sesuatu yang terselindung. Kepada yang tidak meminati ataupun percaya kepada teori Konspirasi Freemason, maka abaikanlah gambar-gambar di bawah ini tanpa perlu membuang masa anda yang berharga itu.


Semenjak Google Earth berada di alam siber beberapa tahun lalu, pelbagai penemuan yang memeranjatkan dijumpai. Di Malaysia khususnya, kita pernah dikejutkan dengan penemuan satu tanda salib yang besar berada di atas bumbung bangunan perpustakaan Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) di Terengganu.

Siapakah arkitek yang merekabentuk bangunan tersebut dan apakah tujuannya, belum terjawab sehingga kini.


Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM), Terengganu..





Pada ketika ini, bangunan ini telah dikaburkan jika dilihat melalui Google Maps. Mungkin kerana sudah terkantoi.

Kini kita beralih untuk melihat senibina yang benar-benar mengejutkan umat Islam di negara ini. Senibina Freemason yang ditemui melalui Google Earth terhadap pusat pemerintahan negara, Putrajaya.

Putrajaya



Vatican City & Putrajaya (perhatikan simbol mata)

Lagi gambar..



Di Alamanda, Putrajaya.





Presint 5, Putrajaya.



Yang ini jelas "mata"nya



Ok kita beralih kepada Obelisk pula.

Mengapakah Obelisk (Tiang) dibina sebagai mercu tanda? Apakah mercu tanda senibina Islam? Adakah tiang?




Jika kita masih buta dan sentiasa menidakkan tentang semua ini, segala jenis cerita sudah dikeluarkan. Tinggal kita nak tonton sahaja. Tontonlah The Arrival dengan hati dan minda yang sedikit menerima.

Sama-sama kita mencari kebenaran di muka bumi Allah ini. InsyaAllah.Mengapa berbilion manusia  perlu jadi bodoh  untuk menjadi hamba kepada hanya beberapa juta orang manusia yang merasakan mereka lebih hebat dan terpilih untuk menguasai manusia dan seluruh dunia.
Laporan 1MDB: Pinjam RM550 juta, terbit nota US$3 bilion untuk biaya hutang.Tetapi duit lesap hutang tidak dibayar.

Laporan 1MDB: Pinjam RM550 juta, terbit nota US$3 bilion untuk biaya hutang.Tetapi duit lesap hutang tidak dibayar.

Laporan 1MDB: Pinjam RM550 juta, terbit nota US$3 bilion untuk biaya hutang

Laporan 1MDB: Pinjam RM550 juta, terbit nota US$3 bilion untuk biaya hutang
Hutang 1MDB pada tahap RM5 bilion pada tahun 2009 dan meningkat kepada RM42 bilion, berbanding aset sebanyak RM51 bilion, pada tahun kewangan berakhir 31.03.2014-Foto AFP
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) melaporkan 1MDB tidak menggunakan sejumlah wang yang dipinjam dan daripada terbitan hutang untuk tujuan yang dimaksudkan daripada 2 proses kewangan tersebut.

Laporan Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB yang diserahkan kepada Parlimen pada Khamis, memperincikan penggunaan pinjaman berjangka daripada Ambank (M) Berhad (Ambank) berjumlah RM550 juta.

Menurut laporan berkenaan, Resolusi Lembaga Pengarah 1MDB bertarikh 3 Disember 2013 telah memberi persetujuan kepada 1MDB Real Estate Sdn Bhd (1MDB RE) untuk menerima kemudahan pinjaman berjangka berjumlah RM550 juta dengan kadar faedah tahunan 5.09%.

Tambahnya, pinjaman adalah bagi membiayai sebahagian kos pembinaan kemudahan penggantian dari Pangkalan Udara Sungai Besi (PUKL) ke tapak penempatan semula, serta sebahagian perbelanjaan awal dan berkaitan kos infrastruktur projek Tun Razak Exchange (TRX).

Penyata bank 1MDB RE bagi bulan Januari 2014 menunjukkan ia menerima RM550 juta dalam akaunnya pada 7 Januari 2014.Pada tarikh yang sama, 1MDB RE telah memindahkan kesemua jumlah berkenaan kepada akaun 1MDB.Dalam laporan tersebut, Jabatan Audit Negara mengandaikan pinjaman berkenaan telah digunakan untuk melunaskan satu lagi pinjaman berjumlah RM670 juta ringgit.

Laporan tersebut menyatakan RM550 juta itu telah diberikan kepada 1MDB “…sebagai pendahuluan dan bukan digunakan untuk membiayai projek penempatan semula Bandar Malaysia (iaitu tujuan sebenar pinjaman diambil).”

Penggunaan peruntukan PUKL

Laporan PAC turut menyebut, kerajaan bersetuju untuk menanggung sebahagian kos pembangunan bagi penempatan semula PUKL berjumlah RM1.117 bilion manakala 1MDB akan menanggung sejumlah RM1.60 bilion.Ini mengikut Perjanjian Penempatan Semula Pangkalan Udara Sungai Besi, Kuala Lumpur bertarikh 15 Jun 2011.Sehingga bulan Mei 2015, Kerajaan telah menyalurkan sepenuhnya peruntukan berjumlah RM1.117 bilion.Bagaimanapun, sejumlah RM288 juta telah didahulukan kepada 1MDB dan tidak digunakan sepenuhnya bagi membiayai kos penempatan semula PUKL seperti tujuan sebenar peruntukan tersebut diberikan oleh Kerajaan.

Terbitan Nota US$3 bilion

Laporan tersebut turut menyebut, 1MDB melalui anak syarikatnya, 1MDB Global Investments Ltd. (1MDB GIL) telah menerbitkan Nota US$3 bilion pada 19 Mac 2013 dengan surat sokongan Kementerian Kewangan.Nota ini diterbitkan bagi tujuan modal permulaan untuk pelaburan dalam Abu Dhabi Malaysia Investment Company Ltd. (ADMIC).ADMIC adalah syarikat usaha sama antara 1MDB dan Aabar Investments PJS, serta untuk tujuan korporat am.
Penyata kewangan 1MDB GIL bagi tahun 2014 menyatakan ADMIC adalah syarikat usaha sama yang ditubuhkan untuk membangunkan projek TRX.Terbitan Nota US$3 bilion ini tidak disalurkan langsung untuk pembangunan projek TRX, sebaliknya digunakan bagi perbelanjaan berikut:

  • Pindahan kepada 1MDB: US$1.0 bilion (lunaskan Syndicated Term Loan RM2.5 bilion, Term Loan US$300 juta dan dan tambahan Syndicated Term Loan RM2.5 juta)
  • Pindahan kepada 1MDB Energy Ltd.: US$24.85 juta
  • Pindahan kepada Brazen Sky Ltd.: US$1.50 juta
  • Pelaburan di luar Negara: US$1.58 bilion
  • Derma kepada Yayasan Rakyat 1Malaysia:  US$35.00 juta
Jumlah: US$2.65 bilion

PAC dalam bahagian 'Rumusan dan Cadangan' mendapati bahawa struktur pembiayaan modal dan prestasi kewangan Kumpulan 1MDB adalah kurang memuaskan dan syarikat bergantung kepada pembiayaan semula (refinance) untuk pembayaran balik hutang matang dan juga mengambil hutang baru untuk, antara lain, pembayaran faedah hutang sebelumnya.Hutang 1MDB pada tahap RM5 bilion pada tahun 2009 dan meningkat kepada RM42 bilion, berbanding aset sebanyak RM51 bilion, pada tahun kewangan berakhir 31.03.2014.


'MOF diketepi, hanya tahu tentang operasi 1MDB melalui akhbar'

PAC .Kewangan Kementerian (MOF) langsung tidak tahu mengenai operasi anak syarikatnya 1MDB, demikian didedahkan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
Menurut Hansard pendengaran PAC mengenai 1MDB pada 19 Mei 2015, Irwan dan Datuk Seri Mohamad Isa Hussein dari Kementerian Kewangan Inc (MKD) berkata. 1MDB tidak dirujuk kepada kementerian atau MKD mengenai operasi atau hal ehwal korporat mereka.
"Langsung operasinya (1MDB) kita tak tahu. Kita tak tahu. Semua kita baca dalam surat khabar," Irwan memberitahu PAC.Malah, tidak ada pegawai kementerian berkenaan dalam 1MDB.Mohamad Isa berkata, Memorandum dan Artikel Persatuan (M & A) 1MDB melarang pegawai kerajaan daripada menganggotai lembaga pengarahnya.Tiada penjelasan diberikan apabila PAC bertanya mengapa M & A itu tidak diubah walaupun MKD mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.
Sebaliknya, Mohamad Isa membawa perhatian kepada Perkara 117 M & A itu yang menyatakan bahawa kelulusan perdana menteri dikehendaki bagi sebarang perubahan kepada M & A.Perkara 117 juga menyatakan bahawa kelulusan perdana menteri diperlukan bagi pelantikan dan penyingkiran pengarah.Apabila ditekan mengenai kementerian itu yang kelihatan kurang kawalan ke atas 1MDB, Irwan berkata mereka diketepikan.

Semasa buat hutang berpuluh billion MOF tidak tahu ,bila nak tanggung hutang baru dibertitahu pada MOF, memang betul-betul pengkhianatlah Najib.Penyamun terhebat dalam sejarah dunia,boleh bebas menyamun tanpa perlu risau apa-apa kerana penyamun yang lebih berkuasa dari undang-undang dan penguatkuasa. 
Berita berkaitan 1MDB yang tidak ada dalam TV3 serta media Najib.

Berita berkaitan 1MDB yang tidak ada dalam TV3 serta media Najib.


Berita berkaitan 1MDB yang tidak ada dalam TV3 serta media Najib.





CEO Maxis tampil jawab dakwaan pelanggan dari Sabah

'1MDB enggan serahkan penyata kewangan luar negara, kenapa?'

Tony Pua sifatkan tugas sebagai anggota PAC mencabar

Saya akan cabar pertuduhan terhadap saya, akan terus dedah - kata Rafizi

1MDB: Najib perlu dipertanggungjawab, kata Tony Pua

Rafizi hadapi tiga pertuduhan, bebas selepas diikat jamin

1MDB: Najib mungkin terlepas, tapi rakyat fikir sebaliknya, kata Rafizi

Peguam jawab dakwaan Rafizi berlakon digari

Kerajaan bakal menanggung bewak hidup apabila 1MDB jadi syarikat dorman jika โ€จaset diserahkan kepada MKD.

Kerajaan bakal menanggung bewak hidup apabila 1MDB jadi syarikat dorman jika 
aset diserahkan kepada MKD.

1MDB jadi syarikat dorman jika 
aset diserahkan kepada MKD


  0  0 Google +0
KUALA LUMPUR 7 April – Presiden dan Pengarah Eksekutif 1Malaysia Development Bhd. (1MDB), Arul Kanda Kandasamy berkata, syarikat tersebut akan menjadi syarikat dorman (tidak aktif), jika aset dan anak syarikatnya diserahkan kepada Menteri Kewangan iperbadankan (MKD).


                    .
                                           Arul Kanda Kandasamy


Berikutan itu, katanya, perbinca­ngan mengenai status 1MDB akan dibuat bersama MKD dalam masa terdekat.Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai saranan Jawa­tan­kuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) supaya anak syarikat dan aset 1MDB diserahkan kepada MKD.“Apabila kita lihat pelan rasio­na­lisasi dan saranan PAC, jika anak syarikat dikeluarkan daripada 1MDB, 1MDB akan menjadi syarikat dorman.“(Ini bermaksud) tiada operasi harian dan 1MDB hanya akan menerima aliran tunai oleh pelan rasionalisasi dan akan membayar hutang bon,” kata beliau dalam satu temubual khas yang disiarkan TV3 hari ini.

Ketika ini, 1MDB masih memiliki aset termasuk Tun Razak Exchange dan 40 peratus kepentingan dalam Bandar Malaysia.Sementara itu, Arul Kanda men­je­laskan bahawa tawaran peletakan jawatan enam ahli lembaga penga­rah 1MDB bukan tindakan untuk me­larikan diri, malah memberi ruang siasatan lanjut ke atas syarikat tersebut secara lebih terbuka dan telus.1MDB memiliki lebihan tunai sebanyak RM2.96 bilion susulan jualan Edra Global Energy dan pelepasan kepentingan dalam Bandar Malaysia.


Mengulas lanjut, beliau berkata, tiada peruntukan kewangan dan tiada pampasan atau bayaran yang diminta daripada kesemua enam ahli lembaga pengarah berkenaan termasuk dirinya.“Pihak berkuasa atau pihak penguat kuasa telah diminta oleh PAC untuk meneliti laporan ini.“Jika ada kesalahan maka tin­da­kan boleh diambil. Jika saya sen­diri didapati telah melakukan kesalahan, saya bersedia untuk menerima apa yang ditentukan oleh pihak berkuasa,” katanya. BERNAMA



Penyelia kewangan Switzerland: 1MDB, Petrobras kes 'jelas rasuah'


Pihak Berkuasa Penyeliaan Kewangan Switzerland (Finma), yang bertanggungjawab terhadap undang-undang kewangan negara itu, menyifatkan skandal syarikat Brazil, Petrobras dan 1MDB sebagai “kes jelas rasuah”.
Ketua pegawai eksekutifnya Mark Branson merujuk kepada wang daripada dua entiti itu yang melalui sistem kewangan Switzerland.Beliau menggelar Petrobras dan 1MDB sebagai contoh utama risiko pengubahan wang haram yang dihadapi Switzerland.“Ini bukan berlaku beberapa tahun lalu – wang itu masih diterima sehinggalah baru-baru ini. Kita bukan bercakap tentang isu peninggalan.
“Daripada apa yang dilihat, kita tidak berdepan situasi tidak jelas.“Bukti-bukti menunjukkan kes jelas rasuah,” katanya dalam Persidangan Tahunan Finma 2016 di Berne, Switzerland, hari ini.Salinan ucapan itu boleh diperoleh di laman web Finma.



Bagaimana  sebuah Syarikat tanpa sebarang operasi dan  pendapatan akan membayar hutang lebih RM 40 billion ,berapakah nilai aset yang akan diserahkan pada kerajaan adakah ianya berbaloi untuk menerima aset tidak bernilai tetapi terpaksa menanggung beban hutang sangat tinggi yang langsung tidak memberikan sebarang keuntungan dan faedah kepada kerajaan dan rakyat.Inilah yang dikatakan menanggung bewak hidup,orang lain berjoli katak dengan hutang ,orang lain pula terpaksa menanggung  beban hutang.



Sampai bilakah keadaan ini akan dibiarkan berterusan serta  berapa banyak lagi harta dan aset negara bakal lenyap dan digadaikan,hanya dengan menyingkirkan Najib sajalah yang dapat menyelamatkan negara ini dari terus dijahanamkan.Selagi Najib berkuasa sebagai PM selama itulah pelbagai bencana ,penipuan dan salagunakuasa  berleluasa kerana pemimpin korup sudah semestinya pengikutnya lebih korup  dan bermasalah.
PAC: 1MDB bayar RM4 bilion tanpa kelulusan lembaga pengarah.Membuktikan penipuan demi penipuan dilindungi.

PAC: 1MDB bayar RM4 bilion tanpa kelulusan lembaga pengarah.Membuktikan penipuan demi penipuan dilindungi.

Mahathir: Najib tahu, kenapa hukum bekas CEO 1MDB



Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berasa sedih apabila Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara meletakkan tanggungjawab berhubung kelemahan 1MDB kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shahrol Azral Halmi."Saya rasa sedih pada (bekas) CEO itu, dia tidak mengasaskan 1MDB, 1MDB dimulakan perdana menteri (Datuk Seri) Najib Abdul Razak.
"(Najib) penasihatnya, apa saja yang berlaku kepada 1MDB dia mesti tahu."Sebenarnya tiada apa boleh dibuat tanpa persetujuannya, jadi kenapa hukum lelaki (bekas CEO) ini," kata Mahathir.
Antara kelemahan yang dipetik dalam laporan PAC mengenai 1MDB adalah pengurusan yang melanggar keputusan dan nasihat daripada lembaga pengarah, atau bertindak sebelum ahli Lembaga membuat keputusan tertentu.

Artikel 117 dalam Memorandum dan Artikel Penubuhan Syarikat (M&A) 1MDB menyatakan dengan jelas bahawa 1MDB mendapatkan kebenaran bertulis daripada perdana menteri dalam:
  • Sebarang perubahan terhadap M&A syarikat, sama ada secara keseluruhan ataupun sebahagiannya;
  • Sebarang perlantikan dan penamatan mana-mana pengarah (termasuk pengarah urusan dan pengarah alternatif) serta pengurusan tertinggi syarikat; dan
  • Sebarang komitmen kewangan (termasuk pelaburan), penstrukturan semula atau perkara berkaitan jaminan yang dikeluarkan oleh kerajaan persekutuan untuk kepentingan syarikat, kepentingan negara, keselamatan negara atau sebarang polisi kerajaan.
Terdapat dua pelaburan 1MDB yang sehingga masih menjadi misteri untuk Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) iaitu:

  • Pelaburan berjumlah AS$2.318 bilion melalui Bridge Global Absolute Return Fund SPC (Bridge Global SPC) yang berusia sebulan dan tiada lesen pengurus dana dan tiada pengalaman untuk menguruskan dana yang besar.
  • Penyaluran dana sebanyak AS$993 juta kepada Aabar Ltd yang 1MDB masih belum mengemukakan sebarang pengesahan bahawa ia merupakan anak syarikat kepada International Petroleum Investmnet Corp (IPIC) atau Aabar Investment PJS (Abu Dhabi).
PAC gagal mengesan pengaliran kedua-dua pelaburan ini kerana keengganan pihak 1MDB memberikan penyata akaun bank luar negara.
Meskipun, laporan PAC tidak menuding jari kepada PM dalam isu 1MDB, namun artikel 117 M&A 1MDB jelas menunjukkan sebarang keputusan pelaburan 1MDB memerlukan kebenaran bertulis PM termasuk dua pelaburan yang bermasalah di atas.
  •  Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dalam ‘tindakan pentadbiran dan penguatkuasaan yang sesuai’ terhadap 1MDB kerana gagal mengemukakan bukti berkenaan wang sejumlah AS$1.83 bilion yang berada di luar negara agar integriti sistem kewangan terjaga. Besar kemungkinan isu yang dibangkitkan gabenor Bank Negara mempunyai kaitan besar terhadap dua pelaburan bermasalah 1MDB di atas ,iaitu mengesan aliran tunai pelaburan 1MDB ke Bridge Global SPC dan Aabar Ltd dengan mengarahkan 1MDB mengemukakan penyata bank luar negara untuk disemak dan diteliti.

Kebodohan dan penipuan apakah yang sedang berlaku ini,sekiranya Najib tidak mempunyai sebarang kuasa dan fungsi ,apakah tujuannya diwujudkan jawatan penasihat dalam 1MDB.Hanya ada dua kemungkinan utama sahaja terhadap jawatan penasihat Najib ini,iaitu samada sememangnya tidak layak menjadi pemimpin kerana terlalu bodoh atau mempergunakan 1MDB untuk menguruskan kegiatan menyamun duit kerajaan sebab terlalu bijak untuk menyamun.
Kebodohan apakah yang sedang berlaku sehingga duit berpuluh billion sedang bergerak dari akaun kerajaan tidak dipantau atau disedari,ataupun sememangnya disedari serta ianya amat digalakkan   demi untuk kepentingan diri.Inilah pembohongan terhebat dalam sejarah dunia hari ini iaitu lebih RM 50 billion wang bergerak tanpa diketahui siapa yang luluskan ,siapa yang uruskan, kemana perginya wang itu kerana ianya telah menjadi rahsia kerajaan.Adakah rakyat Malaysia terlalu bodoh untuk menanggung beban hutang yang tidak memberikan sebarang manafaat kepada mereka,nilaikan sendiri sahajalah.

PAC: 1MDB bayar RM4 bilion tanpa kelulusan lembaga pengarah



1MDB membayar RM4.24 bilion (kira-kira AS$1.367 bilion) kepada Aabar Investments PJS Ltd (Aabar Ltd) sebagai deposit sekuriti tanpa kelulusan lembaga pengarahnya, kata Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).1MDB juga masih belum mengemukakan pengesahan bahawa Aabar Ltd merupakan anak syarikat kepada International Petroleum Investmnet Corp (IPIC) atau Aabar Investment PJS (Abu Dhabi), menurut laporan PAC.
“Akan tetapi buat masa ini, pihak 1MDB masih belum mengemukakan sebarang pengesahan bahawa syarikat Aabar Ltd merupakan anak syarikat kepada IPIC atau Aabar Investment PJS (Abu Dhabi).“1MDB telah mengemukakan Certificate of Incumbency yang dikeluarkan oleh Offshore Incorporations Limited untuk membuktikan bahawa Aabar Ltd adalah anak syarikat IPIC.“Syarikat offshore incorporations limited beroperasi di Hong Kong merupakan ejen yang menyediakan perkhidmatan pendaftaran syarikat di BVI (British Virgin Islands).
“JAN (Jabatan Audit Negara) mendapati Aabar Ltd tidak tersenarai dalam kumpulan IPIC berdasarkan penyata kewangan 2013 dan 2014.Laporan yang ditunggu-tunggu itu dibentangkan di parlimen hari ini, hari terakhir sidang bagi sesi ini.The Wall Street Journal (WSJ) sebelum ini melaporkan dana 1MDB dibayar kepada Aabar Ltd, yang didakwa syarikat British Virgin Islands yang sebenarnya tidak mempunyai kaitan dengan Aabar Investment PJS.


Bekas CEO 1MDB dakwa Najib enggan buat penilaian semula aset

Bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim mendakwa Datuk Seri Najib Razak menolak penilaian semula aset-aset dalam usahasama 1MDB- PetroSaudi International (PSI) walaupun kebimbangan itu diketengahkan oleh lembaga pengarahnya.
Perkara itu dinyatakan dalam laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang merujuk kepada kedudukan Najib sebagai pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB.
Selanjutnya, Lembaga Pengarah 1MDB telah mengarahkan ketua pegawai eksekutif 1MDB menyediakan kertas ringkasan komprehensif kepada pengerusi Lembaga Penasihat yang mengandungi kronologi peristiwa berkaitan perjanjian usaha sama, status pembiayaan dan ketidakpuasan hati Lembaga Pengarah 1MDB terhadap laporan penilaian aset PetroSaudi Holdings (Cayman) Ltd.
“Bagaimanapun, semasa mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 7 November 2009, Encik Shahrol Azral memaklumkan penilaian kedua tidak perlu dibuat terhadap aset syarikat usaha sama tersebut kerana pengerusi Lembaga Penasihat tidak bersetuju dengan cadangan ini, tetapi mengarahkan Lembaga Pengarah 1MDB melantik sebuah syarikat perundingan bagi menilai pemilikan syarikat usaha sama.
“Namun demikian, semakan JAN (Jabatan Audit Negara) mendapati tiada dokumen yang dapat membuktikan pelantikan perunding tersebut telah dibuat,” menurut laporan itu.
Apabila siasatan dibuat oleh penyamun semua bukti pun boleh hilang,menyiasat dan audit untuk melenyapkan segala bukti,memang laknatkan penyangak-penyangak ni.


Berpuluh billion dilesapkan untuk penyamun joli katak,kemudian rakyat tidak kira miskin atau kaya diperah untuk membayar cukai sebanyak 6% peratus setiap hari.Hebatkan pentadbiran Najib.

Dr M: Najib betul, sebenarnya RM50b bukan RM42b



Bekas perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib adalah 'betul' dan beliau salah berkenaan hutang RM42 bilion yang ditanggung 1MDB."Laporan itu (Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara) kata ia bukan hanya RM42 bilion tapi RM50 bilion. Lebih dari itu.
"Jadi saya salah kerana sebut angka lebih kecil dan saya rasa RM50 bilion juga tidak betul, boleh jadi lebih lagi," kata Mahathir kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.Terdahulu Najib hari ini berkata laporan PAC membuktikan Dr Mahathir membuat tuduhan palsu bahawa RM42 bilion hilang dari 1MDB.
Berpuluh billion dilesapkan untuk penyamun joli katak,kemudian rakyat Malaysia tidak kira miskin atau kaya diperah untuk membayar cukai sebanyak 6% peratus setiap hari untuk menampung hutang yang dijoli katak oleh penyangak.Inilah kehebatan Najib menindas rakyat Malaysia.