Latest
Loading...
Kegagalan  dan kerugian Poton hari ini adalah akibat sabotaj dari kerajaan hari ini sendiri yang menekan dan mengekang  syarikat ini untuk berkembang dibawah Najib  dengan cukai GST serta cukai yang lain yang sangat tinggi.

Kegagalan dan kerugian Poton hari ini adalah akibat sabotaj dari kerajaan hari ini sendiri yang menekan dan mengekang syarikat ini untuk berkembang dibawah Najib dengan cukai GST serta cukai yang lain yang sangat tinggi.






Hanya penjilat dan pencacai buta perut sahaja tidak faham mengapa syarikat Proton diwujudkan .Ianya adalah untuk menjana pendapatan negara serta memberi peluang pekerjaan dan peluang untuk membangunkan tahap kemahiran diri kepada rakyat negara ini terutamanya bumiputra.Dengan pelbagai dasar serta kekangan dari kerajaan negara ini sendirilah yang menyebabkan kerugian kepada Proton,iaitu dengan beban cukai yang tinggi serta kebanjiran kereta dari negara asing yang tidak terkawal sehingga kemampuan untuk peluang pasaran negara terhalang dan terbatas untuk bersaing dengan syarikat pengeluar kereta gergasi  asing.

Kegagalan  dan kerugian Poton hari ini adalah akibat sabotaj dari kerajaan hari ini sendiri yang menekan dan mengekang  syarikat ini untuk berkembang , inilah pengkhianatan untuk menutup peluang pekerjaan serta ekonomi untuk rakyat negara ini oleh penyamun dan pengkhianat negara yang sangat jijik dan hina sekali. Selama lebih 30 tahun syarikat ini menjana pelbagai peluang pekerjaan dan peluang perniagaan kepada rakyat negara ini ,tetapi dibawah Najib pelbagai tekanan dan kekangan diberi untuk menjahanamkan syarikat ini,inilah pengkhianat negara yang sebenar. 






Kurang daripada 24 jam selepas perletakan jawatan Tun Dr Mahathir sebagai Pengerusi Proton, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah mengeluarkan kenyataan terhadap model perniagaan Proton.Kemungkinan ini adalah kali pertama dalam sejarah di mana seorang menteri kabinet memberikan kenyataan yang begitu kritikal berkenaan dengan sebuah syarikat swasta.Berikutan itu, tidak kurang 6 menteri kabinet yang lain turut memberikan pandangan yang sama.Menurut kenyataan menteri tersebut, industri automotif tidak seharusnya dilindungi dan Proton juga perlu belajar untuk berdikari. Jika Korea Selatan dan Jepun boleh, mengapa tidak Malaysia?

Pada 2009, kerajaan Amerika Syarikat telah menggunakan dana awam sebanyak USD150 billion untuk menyelamatkan General Motors daripada muflis. Sudah pastilah tindakan tersebut tidak akan dianggap sebagai ‘perlindungan’ dan tiada kajian yang dibuat untuk memahami mengapa tindakan sedemikian dilakukan oleh sebuah negara yang begitu terkenal dengan konsep ‘pasaran terbuka’.Pada 2014, industri automotif Australia telah pun terkubur berikutan keputusan penutupan kilang kereta Toyota, Holden dan Ford pada 2017. Dianggarkan lebih 200 ribu pekerja akan hilang pekerjaan dan lebih USD29 billion akan hilang daripada KDNK Australia. Sekali lagi, tiada kajian yang dibuat.Pada tahun lepas, 2015, Malaysia Airlines telah disuntik RM6 billion dana awam dalam usaha menyelamatkan syarikat penerbangan nasional.
Tindakan ini adalah suatu tindakan yang berani sebagaimana pengenalan Proton pada 30 tahun yang lepas.Walalupun Proton kerugian jutaan ringgit sejak beberapa tahun yang lepas, tetapi Proton tidak pernah melakukan ‘strategi MAS’ di mana 6,000 pekerja ditamatkan perkhidmatan dalam usaha menyelamatkan syarikat tersebut.Kemungkinan disebabkan itu, maka Proton dianggap oleh menteri-menteri kabinet sebagai tidak professional dan diketuai oleh barisan pengurusan yang tidak cekap.Industri penerbangan bukanlah penggerak ekonomi utama di Malaysia berbanding dengan industri automotif. Industri ini menggaji lebih 550,000 pekerja dan menyumbang hampir RM30 billion kepada KDNK negara. Atas sebab inilah kerajaan terdahulu memberikan bantuan dalam pelbagai bentuk bernilai RM 13.9 billion.Walaubagaimanapun, insentif dan bantuan yang diberikan tidak hilang begitu sahaja.

Pertama, Proton telah pun membayar balik pinjaman RM800 juta dari kerajaan.Kedua, Proton telah menjual 4 juta kereta dan hasil jualan ini dikenakan cukai.
Sejak penubuhannya, Proton telah membayar cukai sebanyak RM24 billion kepada kerajaan.Ketiga, melalui pembelian kereta nasional, aliran wang keluar berjaya dikurangkan. Jika diambil harga purata sebuah kereta adalah RM30,000, ia bermakna sejumlah RM120 billion aliran wang yang kekal mengalir dalam pasaran ekonomi tempatan. Jumlah ini- jika dibiarkan mengalir keluar melalui pembelian kereta asing, pasti akan memberi kesan kepada defisit kerajaan.Sudah jelas dari sudut wang ringgit, pelaburan yang dibuat oleh kerajaan adalah amat berbaloi.Bagaimana pula halnya dengan sumbangan Proton dari aspek lain? Untuk rekod, lebih 77,000 jumlah pekerjaan yang diwjudkan melalui Proton. 


Tambahan dari itu, terdapat 400 vendor yang bergantung kepada Proton. Hari ini, Proton merupakan syarikat tempatan yang paling aktif dalam mendaftarkan hak cipta dengan 2,800 IPR (Intellectual Property Rights).Dalam kenyataan menteri tersebut, beliau mengakui terdapat sebilangan vendor yang memerlukan pertolongan. Namun, di sebalik cuba membantu memulihkan Proton, kementeriannya telah memberikan pinjaman mudah bagi meringankan beban. Sungguhpun ia tindakan yang terpuji, tetapi ia masih tidak menangani isu sebenar.Bagaimana pula dengan persaingan yang tidak adil di mana kenderaan luar boleh memperolehi pengecualian jika tidak menepati piawaian negara? Bagaimana pula dengan definisi mudah ‘kereta nasional’ yang hanya memerlukan 40% komponen tempatan bagi membolehkan kenderaan luar menikmati status bebas cukai kereta nasional? Bagaiman pula halnya dengan keputusan kerajaan untuk membenarkan kenderaan luar masuk ke dalam negara sedangkan negara tersebut mengenakan syarat yang ketat kepada Proton?Kesemua ini tidak diendahkan.




Sebaliknya, kementerian beliau tetap mencadangkan agar Proton mempunyai rakan strategik asing. Nampaknya kemampuan tempatan masih belum mencukupi. Oleh itu Proton haruslah menjual pegangan majority kepada syarikat luar.Bagaimana pula dengan Perodua? Perodua adalah model yang lain. Prestasi kewangannya membanggakan tetapi tidak ada model Perodua yang dihasilkan 100% oleh warga tempatan. Sebaliknya Proton mempunyai beberapa model yang dibina 100% daripada lakaran sehinggalah ke jalanan.Setiap negara yang mempunyai kenderaan nasional pasti akan melindungi pasarannya. Ini termasuklah di negara maju. 

Di Korea Selatan, setiap kenderaan asing perlu menjalani ujian mengikut piawaian mereka yang biasanya menelan kos yang tinggi. Di Jepun, mereka telah mengasingkan pasaran kereta bawah 660cc hanya untuk kenderaan mereka sahaja. Ini adalah pasaran yang lumayan. Di China, setiap pengeluar kenderaan asing perlu menjalin usaha sama dengan GLC mereka. Ini adalah apa yang berlaku.Sebaliknya di Malaysia, perlindungan dianggap sebagai sesuatu yang pelik dan jijik.Adalah amat menghairankan apabila sebuah model perniagaan yang tidak ‘mapan’ seperti 1MDB yang telah kerugian RM665.36 juta pada 2013 dan menghadapi masalah aliran tunai yang serius, barisan kabinet memberikan bantuan kredit sebanyak RM950 juta.Tetapi apabila sebuah syarikat kereta nasional membuat permohonan menuntut dana R&D dan pinjaman mudah, terdapat menteri kabinet yang memperlekehkan syarikat ini.


Artikel ini wajib dibaca oleh semua rakyat Malaysia. Kecuali para penjilat jibby, pemimpin yang korup dan pengkhianat orang Melayu,negara  serta seluruh rakyat Malaysia.

Krisis 1MDB merupakan bencana kewangan terdahsyat dalam sejarah negara  yang akan mengheret  negara  kearah kemusnahan akibat kelemahan pentadbiran Najib. .

Krisis 1MDB merupakan bencana kewangan terdahsyat dalam sejarah negara yang akan mengheret negara kearah kemusnahan akibat kelemahan pentadbiran Najib. .

Foto Perjuangan Sejati.

WSJ: Dana AS$155 juta 1MDB biayai 'Wolf of Wall Street'

Siasatan di dua negara mempercayai dana 1MDB berjumlah AS$155 juta (RM603 juta) disalurkan ke syarikat produksi Red Granite bagi penerbitan filem 'The Wolf of Wall Street' pada 2013, menurut laporan Wall Street Journal (WSJ).Wang dari firma pelaburan Malaysia yang bermasalah itu dipindahkan kepada Red Granite pada tahun 2012 melalui laluan berliku membabitkan syarikat luar pesisir, kata WSJ yang memetik mereka yang rapat dengan sisatan dan disokong oleh dokumen yang diteliti oleh akhbar berkenaan.Anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz, 39, adalah pengerusi Red Granite, sebuah syarikat penerbitan filem yang ditubuhkan pada 2010.

Walaupun tidak dikenali, Red Granite berjaya mengumpulkan AS$100 juta untuk pembikinan 'The Wolf of Wall Street', sebuah filem yang memaparkan kisah seks dan dadah dalam pasaran saham yang dibintangi oleh pelakon Hollywood Leonardo DiCaprio."Biro Siasatan Persekutuan (FBI) telah mengeluarkan sepina kepada beberapa pekerja dan bekas kakitangan Red Granite dan kepada sebuah bank serta sebuah firma perakaunan yang digunakan oleh syarikat itu," kata laporan WSJ .

.

                                         Najib bersama rakan baiknya.


Seorang jurucakap Red Granite berkata syarikat itu telah "memberi reaksi kepada semua pertanyaan dan bekerjasama sepenuhnya" dengan siasatan.Beliau berkata syarikat produksi itu tidak mempunyai sebab untuk mempercayai sumber pembiayaannya adalah mencurigakan.Riza sebelum ini menafikan bahawa Red Granite dibiayai oleh wang yang berasal dari Malaysia.Dalam wawancaranya bersama akhbar New York Times pada 2014, beliau memberitahu bahawa pelabur utamanya adalah ahli perniagaan Abu Dhabi, Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny.
"Para penyiasat percaya wang AS$155 juta itu kemudian mengalir ke Red Granite Capital, sebuah firma yang ditubuhkan oleh (Riza) Aziz untuk membiayai syarikat filem itu."WSJ berkata dokumen menunjukkan tiga pemindahan ke Red Granite Capital pada tahun 2012 - AS$60 juta, AS$45 juta dan AS$50 juta.


Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny.


"Al-Husseiny adalah rakyat Amerika yang kemudian menerajui Aabar Investments PJS, yang adalah cabang pelaburan Abu Dhabi yang dikenali sebagai IPIC. Firma milik negara itu mempunyai urusniaga dengan 1MDB. Sebagai contoh, IPIC menjamin beberapa bon dana Malaysia."
Sehubungan dengan jaminan IPIC, 1MDB dalam laporan korporat 2012 berkata syarikat berkenaan menghantar AS$1.4 bilion kepada Aabar sebagai cagaran," kata WSJ.Menurut penyelidik, wang itu tidak dihantar ke Aabar tetapi kepada sebuah syarikat lain yang mempunyai nama yang hampir sama yang ditubuhkan oleh Al-Husseiny di Kepulauan British Virgin iaitu Aabar Investments PJS Ltd".
Penganut ,penjilat & Media serta Menteri Najib tidak cerita sepenuhnya apa yang Wall Street Journal dedahkan perihal duit haram yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib Razak.Cerita permulaan WSJ adalah USD681 juta iaitu RM2.6 bilion yang dicuri dari dana TRX.Kemudiannya WSJ dedah lagi tentang USD25 juta dari SRC. Terkini WSJ dedah lagi tentang USD170 juta dari Blackstore & USD200 juta dari Arab Saudi.



Apa yang Penganut & Media serta Menteri Najib cuba 'spin' adalah dengan mengatakan yang RM2.6 bilion itu dari derma Arab Saudi. Sebenarnya bukan RM2.6 bilion - yang datang dari Arab Saudi itu adalah USD200 juta. Sekali lagi Penganut & Media serta Menteri Najib cuba berbohong kepada Rakyat tetapi mereka gagal lagi!


wahid omar-st



Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar dilaporkan mengakui bahawa model 1MDB tidak mapan dari awal-awal lagi. Dengan modal yang rendah dan hutang yang tinggi. 
“Model yang mereka ambil adalah modal rendah dan pinjaman yang besar, dan saya fikir kerana mereka tahu, ia bukan satu model mampan.“Dengan itu datang kesedaran hutang, di mana ahli lembaga kini telah memulakan pelan rasionalisasi,” beliau dilaporkan memberitahu penyiar Amerika CNBC pada Isnin.Wahid merujuk kepada pelan rasionalisasi hutang 1MDB dilancarkan pada Mei tahun lepas.Antara lain, ia melibatkan penjualan aset 1MDB kepada China General Nuclear Power Corporation, dan kepentingan 1MDB di Bandar Malaysia kepada China Railway Engineering Corporation.
Menurut presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy pada 31 Disember tahun lalu, ini mengurangkan hutang syarikat sebanyak RM39 bilion kepada RM42 bilion.Sementara itu, Abdul Wahid dilaporkan memberitahu CNBC bahawa 1MDB juga luar biasa dalam fakta bahawa ia dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan, dan bukannya syarikat yang disenaraikan.

Jika  syarikat ini berdaya maju ,mengapa perlu dilelong segala aset dan harta strategiknya kepada negara asing  serta kerajaan terpaksa menangung beban hutang dan bon lebih dari  RM 40  Billion ringgit tetapi pada masa yang sama pelbagai sekatan dan kekangan dikenakan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai urusniaga oleh syarikat ini,inilah pengkhianatan dan penipuan serta bencana kewangan yang sangat dahsyat keatas  negara .
Demi menghalalkan aktiviti penyangak dan penyamun apa saja penipuan jijik  mereka akan dihalalkan.Kewujudan syarikat ini hanyalah bertujuan untuk menyamun wang negara secara licik dengan urusniaga  tidak wujud.
  


Polis tidak perlu siasat 3 saksi kes penting 1MDB di sembunyi kata Zahid



Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata pihak polis tidak akan menjalankan sebarang siasatan berhubung dakwaan tiga saksi utama dalam kes 1MDB disembunyikan.Ini kerana menurut Zahid (BN-Bagan Datoh) dalam jawapan bertulisnya di Parlimen, tiada laporan polis yang dibuat oleh bekas timbalan pengarah Cawangan Khas Datuk Abdul Hamid Bador atau mana-mana pihak berhubung dakwaan itu.


Sampai tahap ini jenayah dilindungi demi kuasa untuk kepentingan diri .Kuasa dipergunakan sepenuhnya  demi untuk kekal berkuasa serta   mengkhianat  rakyat dan negara.

Rakyat Pulau Pinang rugi RM15 juta kerana PERDA jual tanah dengan โ€œdiskaunโ€ lebih 90 peratus

Rakyat Pulau Pinang rugi RM15 juta kerana PERDA jual tanah dengan “diskaun” lebih 90 peratus

lge_perda
GEORGE TOWN, 1 APRIL: Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), Datuk Shabudin Yahaya, diminta untuk membuat penjelasan kepada rakyat Pulau Pinang berikutan tindakannya yang didakwa menjual tanah bagi projek perumahan di bawah harga pasaran.Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, Shabudin yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor perlu menjelaskan tentang tanah di atas nama PERDA itu yang dijual dengan harga bawah pasaran dan telah menyebabkan Pulau Pinang kehilangan sebanyak lebih RM15 juta.
“Kesemua 18 petak keluasan dengan keseluruhan 8.5 ekar (256 lot), harga pasaran yang dinilai Kerajaan Persekutuan (Lembaga Hasil Dalam Negeri) ialah RM16,636,000 (RM16.636 juta). Harga yang dia (PERDA) jual pula RM1,427,000 (RM1.427 juta) sahaja.“Bermakna kehilangan kepada PERDA dan secara langsung kepada rakyat Pulau Pinang sebanyak RM15,209,600 (RM15.2 juta).“Jadi saya nak tanya adakah satu tender terbuka dijalankan semasa beliau menjalankan penjualan dan mengapa jual dengan harga yang begitu rendah iaitu hanya 8.6% berbanding harga pasaran,” jelas Guan Eng kepada pemberita di sini semalam.

Beliau turut mempersoalkan apakah rasional tanah-tanah tersebut dijual dengan harga yang begitu murah berbanding harga pasaran.Justeru, Ahli Parlimen Bagan itu menjemput Shabudin untuk ‘minum kopi’ bersamanya lagi memberikan penjelasan.“Jadi saya nak jemput Datuk Shabudin untuk minum kopi bersama saya hari Ahad ini 3 April pada jam 11 pagi di Bilik Mutiara tingkat 52 Komtar.“Saya jemput beliau datang beri penjelasan tentang penjualan tanah ini,” katanya.

Panas terik tak halang peserta hadir himpunan anti-GST

Panas terik tak halang peserta hadir himpunan anti-GST

Keadaan cuaca yang panas terik tidak menghalang lebih daripada 1,500 peserta daripada membanjiri jalan-jalan dari kompleks beli-belah Sogo menuju ke Dataran Merdeka bagi menyertai perhimpunan membantah Cukai dan Perkhidmatan (GST).
Peserta juga menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Suasana yang seolah-olah suatu karnival itu menyaksikan peserta datang dalam baju -T hitam sambil membawa plakad yang mempamerkan bantahan mereka terhadap GST dan Najib.

Gerai jualan barangan anti-GST dan 'Undur Najib' berderetan sepanjang jalan dengan tidak kurang juga yang mengambil peluang untuk menjual air botol dan makanan ringan.
Berbeza dengan perhimpunan sebelum ini yang bergema dengan slogan 'Bebas Anwar' dan 'Reformasi, kali ini peserta melaungkan 'Mansuh GST' dan juga 'Najib pui!'.
Ketika ini, peserta perhimpunan sedang berlegar-legar di hadapan Dataran Merdeka kerana akses dan laluan mereka telah disekat oleh polis.Yang menarik, perhimpunan hari ini terdiri daripada sebahagian besar peserta Melayu.Ini bertentangan sama sekali dengan perhimpunan BERSIH 4 tahun lalu yang menyaksikan lebih ramai masyarkat Cina sehingga mencetuskan Gerakan Merah yang dikaitkan dengan Umno membuat perhimpunan susulan selang beberapa minggu kemudian.
Seperti perhimpunan lain yang dianjurkan oleh pembangkang, majlis hari ini menyaksikan pemimpin Pakatan Harapan membuat ucapan terutama mendesak peletakan jawatan Najib dan membidas GST, yang genap setahun dilaksanakan tahun lalu, semalam.
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli dalam ucapannya menggesa rakyat untuk berkumpul setiap minggu bagi menuntut perletakan jawatan Najib.
“Kalau kita jumpa setiap minggu, Najib akan undur Kerajaan kuat macam mana pun akan jatuh juga."Sambil merakamkan penghargaan kepada pihak polis dan anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Rafizi berkata beliau yakin bahawa mereka juga, jauh di dalam hati, mahu Najib meletakkan jawatan.
Penyangak dan penyamun yang tamak haloba  mungkin akan lebih bebas melelong semua Syarikat dan aset negara pada negara asing  selepas ini.

Penyangak dan penyamun yang tamak haloba mungkin akan lebih bebas melelong semua Syarikat dan aset negara pada negara asing selepas ini.



Penyangak dan penyamun yang tamak haloba  mungkin akan lebih bebas melelong semua Syarikat dan aset negara pada negara asing  setelah Tun Mahathir melepaskan semua jawatan penasihat dan pengerusi beliau dalam kerajaan.Inilah yang sangat dimimpikan oleh kumpulan penyangak  yang rakus selama ini.Operasi membersihkan  syarikat dan kerajaan dari sebarang halangan  untuk melelong aset serta negara begitu giat berjalan sehingga kerakusan dan ketamakan mereka ini sudah tidak terbendung lagi.
Kumpulan penyangak yang disingkirkan Tun Mahathir kerana menyamun sedang melepaskan geram dan dendam sepuas hati.

Kumpulan penyangak yang disingkirkan Tun Mahathir kerana menyamun sedang melepaskan geram dan dendam sepuas hati.

Mohamed Nazri Abdul Aziz
Mohamed Nazri Abdul Aziz
IPOH 1 April – Tun Dr. Mahathir Mohamad begitu obsesi menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana beliau telah menang dalam semua ‘pertarungannya’ sebelum ini, namun, cukup marah apabila gagal untuk bertindak sedemikian terhadap Perdana Menteri kali ini.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, cubaan Dr. Mahathir untuk menjatuhkan Najib dengan cara tidak demokratik termasuk meraih sokongan media antarabangsa, tidak akan berjaya disebabkan dendam dan niat jahat terhadap Perdana Menteri itu telah diketahui orang ramai.“Lelaki ini telah menang dalam semua ‘pertarungannya’. Beliau telah menentang Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn. Beliau juga telah menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Musa Hitam dan Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau berjaya menjatuhkan semua orang, namun, gagal menjatuhkan Najib, jadi, beliau cukup marah.

“Kita tahu apa yang ingin beliau lakukan. Beliau mahu memastikan ekonomi negara kita akan terjejas. Dengan memberikan segala publisiti buruk, pelabur akan berhenti melabur di Malaysia dan orang tidak lagi akan datang ke negara ini dan akhirnya Perdana Menteri akan disalahkan,” katanya.Beliau berkata demikian kepa­da pemberita selepas merasmikan pejabat Destination Perak Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) yang berperanan menguruskan pemasaran pelancongan negeri di Perak Techno Trade Centre (PTTC), di sini hari ini.Yang hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia, Datuk Mirza Mohammad Taiyab.
Mohamed Nazri diminta mengu­las mengenai penggunaan media asing melalui program Four Corners oleh The Australian Broadcas­ting Corporation (ABC) yang dilihat sebagai satu lagi percubaan Dr. Mahathir untuk merealisasikan kempen anti-Najib.