Kerajaan disaran mencontohi negara seperti Mesir dan Turki bagi membangunkan pengurusan wakaf di universiti awam bagi mengurangkan beban kos pengajian yang tinggi pada masa sekarang.Cadangan Pendakwah terkenal negara, Ustaz Don.




SEKINCHAN – Kerajaan disaran mencontohi negara seperti Mesir dan Turki bagi membangunkan pengurusan wakaf di universiti awam bagi mengurangkan beban kos pengajian yang tinggi pada masa sekarang.Pendakwah terkenal negara, Ustaz Don atau nama sebenarnya Don Daniyal Don Bijayid berkata, pendekatan sistem wakaf di negara ini dianggap masih jauh ketinggalan berbanding dua negara itu.
“Apa yang saya cakap ni bukan nak merendahkan negara, tetapi kita nak letakkan perbezaan supaya kita nampak apa yang perlu kita buat.“Perbezaannya, negara kita menghasilkan pelajar yang ramai, tetapi mereka dibebani hutang, tetapi Turki melahirkan pelajar ramai mereka tidak berhutang,” katanya lapor Sinar Harian Online.


Ustaz Don memberitahu, Malaysia misalnya meraikan guru dengan mengingati Hari Guru pada setiap tahun, tetapi di Turki, guru mereka diraikan dengan kemudahan makan percuma di institusi pengajian masing-masing.“Dua perbezaan ini menunjukkan jauh taranya kemajuan sesebuah negara dalam membangunkan institusi pendidikan wakaf.
“Negara kita bukan tak bagus, tapi perlu naik taraf kepada satu tahap yang baru agar meletakkan wakaf sebagai agenda utama institusi pendidikan,” katanya.Beliau berkata, negara memerlukan satu model contoh institusi wakaf yang meluas dengan disokong beberapa institusi lain yang turut serta mewakafkan apa jua sumbangan bagi membangunkan institusi pendidikan itu sendiri.
“Contohnya mana-mana sekolah yang dibina atas dasar wakaf, tak ada padanya satu institusi sokongan yang lain kerana masih lagi memerlukan bantuan dan sumbangan.
“Sedangkan, Universiti Al-Azhar di Mesir dibina untuk pendidikan di sekelilingnya adalah pejabat-pejabat perniagaan yang memang mewakafkan sumbangan untuk disalurkan kepada universiti itu secara tetap,” katanya.
Sehubungan itu, katanya, kerajaan disaran meletakkan agenda wakaf di tempat yang tinggi termasuk menjadikannya sebagai perlembagaan negara.“Jika ini dilaksanakan, ia secara tak langsung menjadi satu peraturan dan undang-undang bagi semua pemimpin institusi pendidikan untuk meneruskan usaha wakaf di institusi pengajian masing-masing,” katanya.

SHARE THIS

Author:

Previous Post
Next Post