
Adakah 1MDB sudah menyelesaikan bayaran faedah AS$50 setelah penangguhan sebelum ini?
1MDB Berdepan dengan risiko kemungkiran bon, 1MDB pada 19 April lalu cuba menyelesaikan isu bayaran faedah AS$50 juta dengan penangguhan tempoh lima hari, menurut laporan Bloomberg.
Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy menjangkakan bayaran faedah akan dibuat melalui "penyelesaian baik" berhubung perkara itu.International Petroleum Investment Company (Ipic) yang berpangkalan di Abu Dhabi sebelum itu berkata pelan menyelamat 1MDB yang dimeterainya dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) tahun lalu ditamatkan.
Dalam pengumumannya kepada Bursa Saham London, IPIC berkata ia dan anak syarikatnya, Aabar Investment PJS tidak lagi bertanggungjawab kerana 1MDB dan MOF gagal membayarnya lebih AS$1 bilion seperti dijanjikan.Pengumuman itu dibuat ketika laporan tersebar bahawa IPIC enggan membayar faedah AS$50 juta bagi pihak 1MDB yang matang bagi terbitan bon AS$3.5 bilion.
MOF pula dilapor menjarakkan diri daripada pertikaian 1MDB-Ipic berkaitan faedah AS$50 juta yang dikenakan ke atas bon yang dikeluarkan oleh dana pelaburan negara itu.Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani berkata ia pertikaian perniagaan antara dua syarikat berkenaan dan tidak akan melibatkan kerajaan.
Bagaimana sebuah syarikat tanpa sebarang perniagaan mahu membayar hutang berpuluh billion ringgit ,jika faedahnya beratus juta pun sudah tidak mampu dibayar apatah lagi pinjaman berpuluh billion ringgit.Tabungan negara yang manakah yang akan dijadikan mangsa seterusnya.Sampai bilakah rakyat dan negara harus menanggung biawak hidup ini.