Latest
Loading...
Terengganu dalam krisis, Istana tarik balik semua gelaran MB.

Terengganu dalam krisis, Istana tarik balik semua gelaran MB.

Negara semakin tunggang-langang bawah Najib.

Ahmad Razif MB TerengganuAhmad Razif MB Terengganu
Adun Seberang Takir, Ahmad Razif Abdul Rahman kini tidak mempunyai sebarang gelaran kebesaran lagi selepas semuanya ditarik balik petang semalam, Jumaat 22 April, kata satu sumber dari Kuala Terengganu.Ia akan memungkinkan beliau menjadi Menteri Besar paling singkat dalam sejarah Terengganu apabila beliau kini berkrisis dengan istana selepas tidak sampai setahun  dilantik menjadi menteri besar bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Said Mei tahun lepas (2015).
Menurut sumber, Razif menyerahkan semua darjah dan bintang kebesarannya petang semalam (Jumaat) selepas dimurkai oleh pihak Istana ketika beliau mengiringi Tuanku Sultan Terengganu menunaikan solat Jumaat.
Zahid kelihatan di Lapangan Terbang Kuala Terengganu hari iniZahid kelihatan di Lapangan Terbang Kuala Terengganu hari iniKetika dihubungi, seorang pemimpin Umno dari Terengganu yang mempunyai hubungan yang baik dengan Istana mengesahkan berita ini."Comfirm. Cuma belum ada kenyataan rasmi dari istana sahaja.
"Tuanku murka dengan ucapan MB ketika mengiringi Baginda solat Jumaat semalam. Lepas Jumaat beliau serah semua darjah kebesaran," kata beliau ketika di hubungi.Hari ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dikatakan berada di Terengganu bagi menguruskan perkara ini. Zahid dilihat berada di lapangan terbang Kuala Terengganu (Gambar atas).
Dengan apa yang berlaku sekarang, sumber Umno itu berkata, Umno mempunyai tiga pilihan untuk dibuat."Pertama bubarkan Dun dengan mengadakan pilihan raya semula. Yang kedua menukar MB kepada Adun yang lain."Ketiga adalah Umno membuat kerajaan perpaduan dengan PAS di Terengganu," kata beliau kepada Malaysia Dateline dengan menyifatkan ia adalah pilihan yang dikehendaki oleh Datuk Seri Najib Razak, Presiden Umno bagi menstabilkan kerajaan negeri.
Umno mempunyai 17 Adun di Terengganu manakala PAS (14) dan PKR (1).8 Mac lalu, bekas MB yang juga Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said membuat usul tidak percaya kepada Razif namun ditolak usul itu oleh Speaker, Datuk Mohd Zubir Embong.Dua hari lepas, sumber dari Terengganu mendakwa, dua lagi Adun Umno akan menyertai Ahmad Said untuk menjadi Adun Bebas.
Ini menjadikan Umno (BN) mempunyai 14 Adun, PAS (14), Bebas (3) dan PKR (1).Jika kumpulan Ahmad Said bergabung dengan pembangkang (PAS dan PKR), kerajaan negeri Terengganu yang ada akan jatuh.Namun, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini meminta Adun-adun PAS tidak campur tangan atau memihak dalam isu ini.Ini menjadikan besar kemungkinan PAS akan bersama Umno untuk membentuk kerajaan perpaduan di Terengganu.


Semua yang berkaitan dengan 1MDB bakal meledak tanpa ada apa dapat menghalang lagi.Kesabaran rakyat mempunyai had dan masanya.
Dibawah pentadbiran Najib pelbagai peruntukan untuk kemudahan rakyat telah dipotong atau atau dihapuskan seperti subsidi ,biasisiswa,perbelanjaan Universiti dan sebagainya .Tetapi apa yang peliknya setiap rakyat dipaksa membayar cukai sebanyak 6 % setiap hari tanpa mengira latar belakang sama ada kaya atau miskin melalui cukai GST.

Dibawah pentadbiran Najib pelbagai peruntukan untuk kemudahan rakyat telah dipotong atau atau dihapuskan seperti subsidi ,biasisiswa,perbelanjaan Universiti dan sebagainya .Tetapi apa yang peliknya setiap rakyat dipaksa membayar cukai sebanyak 6 % setiap hari tanpa mengira latar belakang sama ada kaya atau miskin melalui cukai GST.



Dibawah pentadbiran Najib pelbagai peruntukan untuk kemudahan rakyat telah dipotong atau  dihapuskan seperti subsidi ,biasisiswa,perbelanjaan Universiti dan sebagainya .Tetapi apa yang peliknya setiap rakyat dipaksa membayar cukai sebanyak 6 % setiap hari tanpa mengira latar belakang sama ada kaya atau miskin melalui cukai GST. Pengembangan ekonomi dan pencapaian ekonomi pula tidak kemana .





Sudahlah  pencapaian ekonomi tidak kemana, terbeban pula dengan beban hutang dan kegagalan 1MDB yang terpaksa ditanggung oleh negara sehingga terpaksa menyingkirkan semua orang yang mempersoalkan apa saja tentang 1MDB termasuk Tun Mahathir yang telah bersusah payah membangunkan negara selama lebih 20 tahun dengan pelbagai pencapaian hebat yang sangat dikagumi  serta dihormati serata dunia.






Dibawah pentadbiran Tun Mahathir pelbagai peruntukan untuk seluruh rakyat seperti subsidi dan biasiswa diberikan tanpa perlu mengutip pelbagai cukai dari rakyat yang membebankan.Dibawah pentadbiranya berpuluh ribu pelajar dapat dihantar keluar negara setiap tahun  dengan biasiswa kerajaan untuk  menimba pengalaman dan pelajaran dari negara luar  untuk pembangunan negara.






Dengan penyelewengan berleluasa dibawah Najib ,berbillion wang negara dibazirkan atau lesap kerana kelemahan pentadbiran dan pemantauan hingga kerajaan terpaksa menampung perbelanjaan dengan hutang yang semakin bertambah yang dikorek dari tabung-tabung amanah dan dana negara. 







Jika gagal bayar hutang negara RM627.5 bilion, dana dalam KWSP bakal lebur...Sebarkan.


Simpanan hari tua dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mungkin ‘lebur’ jika Kerajaan  gagal menjelaskan hutang tertunggak yang ditanggung negara.Wang yang dipinjamkan KWSP adalah wang rakyat, rakyat bakal alami kerugian besar jika Kerajaan  gagal lunaskan hutang itu.Malaysia menangung hutang RM627.5 bilion dengan 97 peratus daripadanya hutang domestik dan selebihnya iaitu tiga peratus hutang asing bernilai RM18.80 bilion.
Tidak menolak kemungkinan negara menuju muflis,  tindakan mencetak wang bagi membayar hutang berkenaan pula dikhuatiri mencetuskan masalah lain.Kita tidak mahu jadi Zimbabwe. Suatu masa dulu maju dan mencetak wang sesuka hati tetapi kini tidak bernilai langsung ,mata wang negara itu satu-satunya tidak diterima di seluruh dunia.


Justeru  Kerajaan perlu telus mengurus dana awam bagi mengelakkan wang rakyat terus-terusan digunakan bagi kepentingan pihak tertentu.Segala simpanan yang dikumpul dari jerih payah rakyat bakal dirompak jika Kerajaan  gagal melunaskan hutangnya dan memilih secara sembarangan mencetak wang untuk melunaskan hutang.








 Dengan semangat patriotik yang tinggi dikalangan rakyat Sarawak ,mereka  harus menguburkan BN di Sarawak sebagai hukuman terhadap pengkhianatan Najib kepada rakyat dan Negara.

Dengan semangat patriotik yang tinggi dikalangan rakyat Sarawak ,mereka harus menguburkan BN di Sarawak sebagai hukuman terhadap pengkhianatan Najib kepada rakyat dan Negara.

Najib Tun Razak, Rosmah Mansor, Adenan Satem dan pemimpin Barisan
Najib Tun Razak, Rosmah Mansor, Adenan Satem dan pemimpin Barisan Nasional (BN) Sarawak melaungkan slogan Hidup BN' pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Eastwood Valley, Miri, Sarawak, malam tadi. BERNAMA
MIRI 1 April – Sarawak akan terus teguh menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem.Ini kerana Perdana Menteri telah menunjukkan keikhlasan dan komitmennya untuk membantu negeri ini mengejar pembangunan dan kemajuan sebagaimana dinikmati negeri lain di dalam negara ini.

Najib juga amat memahami dan berfikiran terbuka apabila kepimpinan negeri membangkitkan isu se­perti penurunan lebih kuasa kepada kerajaan negeri dan memulihkan hak-hak lain yang diberikan kepada Sarawak menerusi Perjanjian Malaysia 1963 apabila ia menyertai pembentukan Malaysia.“Beliau tidak marah tetapi akan berkata kita boleh berbincang dan berunding,” beliau berkata pada majlis makan malam dan sesi ramah mesra bersama rakyat di Kelab Golf & Country Eastwood Valley yang dihadiri Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, di sini malam ini.

Adenan berkata, biarpun Najib berhadapan dengan masalah di Semenanjung, Sarawak tetap menyokong beliau.“Pendek kata, Najib memahami Sarawak dengan baik terutama kemahuannya untuk mengejar negeri-negeri yang lebih maju. Beliau sudah 49 kali melawat negeri ini hampir kesemua ceruk dan rantau,” katanya.Beliau berkata, apa yang menarik tentang lawatan dan tinjauan mesra Najib, ialah beliau tidak datang dengan tangan kosong atau hanya menguntumkan senyuman.

“Tinjauan mesranya telah menghasilkan tidak kurang RM3 bilion dalam bentuk geran pembangunan yang diagihkan biarpun dalam keadaan ekonomi negara yang tidak begitu baik ekoran kejatuhan harga minyak dunia,” kata beliau.“Daripada enam perdana menteri yang kita ada, beliau adalah yang paling penyayang dan prihatin terhadap Sarawak,” kata Adenan.
– BERNAMA




Berdasarkan pelbagai tuntutan dari Ketua Menteri Sarawak ,tidak mustahil sebaik sahaja habis Pilihanraya ,Ketua Menteri Sarawak akan ditukar dengan penjilat yang lebih bagus sebagaimana yang berlaku pada Menteri Besar Kedah dan Menteri Besar Trengganu  dimana  mereka hanya dipergunakan untuk memenangi Plihanraya.Setelah menang mereka akan ditendang keluar dari jawatan untuk digantikan dengan penjilat yang lebih bagus. 

Dengan semangat patriotik yang tinggi dikalangan rakyat Sarawak ,mereka  harus menguburkan BN di Sarawak sebagai hukuman terhadap pengkhianatan Najib kepada rakyat dan Negara.Sebelum mereka sendiri dikhianati sebagaimana yang berlaku terhadap rakyat Kedah dan Trengganu yang telah ditipu dan dikhianati oleh Najib.
Datuk Paduka Marina Mahathir membidas  menteri persekutuan yang terlalu bodoh dengan berkata bahawa pemimpin-pemimpin yang tidak cekap ,tidak amanah dan pengkhianat yang bertanggungjawab ke atas kejatuhan pasaran saham, dan bukan khabar angin mengenai anak perempuan yang lari.

Datuk Paduka Marina Mahathir membidas menteri persekutuan yang terlalu bodoh dengan berkata bahawa pemimpin-pemimpin yang tidak cekap ,tidak amanah dan pengkhianat yang bertanggungjawab ke atas kejatuhan pasaran saham, dan bukan khabar angin mengenai anak perempuan yang lari.

Datuk Paduka Marina Mahathir membidas balik seorang menteri persekutuan dengan berkata bahawa pemimpin-pemimpin yang tidak cekap yang bertanggungjawab ke atas kejatuhan pasaran saham, dan bukan khabar angin mengenai anak perempuan yang lari.

Beliau berkata demikian kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Salleh Said Keruak, yang menyasarkan bapanya, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dengan menggunakan contoh khabar angin tentang seorang anak perempuan bekas PM itu.
Salleh dalam menggunakan anekdot itu semalam berkata khabar angin itu telah menyebabkan pasaran saham di Malaysia dan di seberang Tambak Johor pada masa itu, jatuh.
“Dear Salleh, people eloping, especially when untrue, don’t affect the market.“VIPs stealing billions do. Idiots running countries, even more so,” kata Marina, seorang aktivis sosial yang terkenal, di Twitter hari ini.Kemudian, Marina menjelaskan dalam respons kepada tweet berikutnya bahawa beliau secara khusus bercakap tentang “ahli politik kaya” apabila beliau menyebut “VIPs”.
Sejak tahun lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berdepan dengan dakwaan skandal kewangan yang melibatkan RM2.6 bilion yang didakwa dalam akaunnya bank peribadinya dan mengenai syarikat dana negara yang bermasalah 1MDB.

Najib telah menafikan sebarang salah laku dan berkata, wang itu adalah sumbangan politik dari Timur Tengah, kemudian disahkan oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali bahawa ia adalah dari Arab Saudi.
Apandi juga telah membersihkan Najib daripada sebarang salah laku awal tahun ini.Sementara itu, Menteri Luar Arab Adel Al-Jubeir yang beberapa bulan sebelum ini berkata beliau percaya wang itu adalah “pelaburan” dan bukannya sumbangan, kemudiannya mengaku bahawa negaranya tahu mengenai derma yang dikatakan diberikan tanpa ikatan.


Dr Mahathir, yang merupakan pengkritik utama Najib dan 1MDB , menjadi sasaran bekas rakan-rakannya dalam Umno sejak beliau meninggalkan parti itu ekoran keengganan perdana menteri untukmeletak jawatan.  


Kaedah dan penyelesaian masalah  Najib adalah mudah iaitu apa saja punca masalah diletakkan pada orang lain sedangkan diri sendiri yang membuat  masalah dan cari masalah.

Untuk menutup segala masalah dan lari dari masalah adalah dengan menyekat atau menyingkirkan mereka yang mengkritik atau menentang segala perancangan atau perbuatan jahatnya.
Inikah ciri-ciri pemimpin yang sanggup dijulang oleh ahli UMNO serta rakyat negara ini,iaitu pemimpin yang sanggup menjadi pengkhianat,tamak serta pentingkan diri hingga tiada maruah diri  yang sanggup membuat apa saja demi kuasa dan kepentingan diri.

Inikah ciri-ciri pemimpin yang sanggup dijulang oleh ahli UMNO serta rakyat negara ini,iaitu pemimpin yang sanggup menjadi pengkhianat,tamak serta pentingkan diri hingga tiada maruah diri yang sanggup membuat apa saja demi kuasa dan kepentingan diri.





Najib dicabar untuk menubuhkan partinya sendiri serta tak perlu menumpang serta mempergunakan nama UMNO dan kerajaan jika merasakan dirinya diterima dan disokong oleh rakyat seluruhnya.Setelah menubuhkan parti baru dia boleh bebas menjadikan parti tersebut miliknya anak beranak seberapa keturunan yang disukainya.Najib sememangnya muka tak malu kerana menganggap seolah-olah UMNO dan negara ini adalah miliknya anak -beranak serta bebas melakukan apa saja.



Mungkin dia tidak sedar atau terlalu bodoh bahawa parti UMNO yang ada hari ini adalah parti baru UMNO yang ditubuhkan kembali oleh Tun Mahathir setelah parti lama UMNO diharamkan oleh pengkhianat dalam UMNO sendiri iaitu Tengku Razaliegh   yang menjadi penjilatnya sekarang.Tidak ada apa nak dihairankan dengan sikap pengkhianat bangsa dan negara seperti ini,apa saja akan dipergunakan demi kepentingan diri.


Sudahlah menjadi pengkhianat parti dan negara,dengan muka tak malunya mengutuk ,menghina  serta memijak Tun Mahathir yang telah bertungkus -lumus menghidupkan serta mengembalikan semula maruah UMNO  yang telah dihianati oleh Tengku Razaliegh iaitu penjilat yang juga dengan muka tak malu serta tiada maruah sanggup menjadi penjilat Najib didalam UMNO yang telah dikhianati serta hampir dikuburkan olehnya akibat ketamakan dan busuk perutnya .

Inikah ciri-ciri pemimpin yang sanggup dijulang oleh ahli UMNO serta rakyat negara ini,pemimpin yang sanggup menjadi pengkhianat,tamak serta pentingkan diri hingga tiada maruah diri  yang sanggup membuat apa saja demi kuasa dan kepentingan diri.



Siapa yang lebih pandai mengkhianat sahaja akan duduk diatas dan akan dijatuhkan pula oleh pengkhianat mengikut putaran masa.


Saya bukan itik, tak makan dedak - Ku Li


Pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah berkata beliau memberi sokongan kepada Datuk Seri Najib Razak selaku ahli Umno dan perdana menteri itu masih menjadi presiden parti.Katanya, beliau berbeza dengan Tun Dr Mahathir Mohamad kerana bekas perdana menteri itu bukan lagi merupakan ahli Umno."Saya ahli Umno. Mahathir tidak ahli Umno. Saya sudah hampir 50 tahun jadi ahli Umno dan ketua Umno bahagian selama 40 tahun lebih. Jadi, apa sangat tandatangan (Deklarasi Kelantan) itu.

"Saya ahli Umno, saya mesti sokong presiden saya. Kalau saya tidak sokong presiden saya, kita tengoklah dalam perhimpunan agung apabila hendak memilih nanti," katanya dalam temubual bersama akhbar Mingguan Malaysia hari ini.
Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li itu berkata demikian sebagai mengulas mengenai tindakannya yang menandatangani Deklarasi Kelantan yang menyatakan sokongan penuh terhadap perdana menteri."Saya ahli Umno saya mesti sokong apa yang ada dalam Umno dan kebetulan Umno berkuasa, siapa yang jadi presiden dan perdana menteri, itulah orang kita," katanya lagi.
Kerana terlebih makan dedak Tengku Razali terlupa bahawa beliau juga merupakan pengkhianat parti yang telah membuatkan UMNO diharamkan dan pernah menjadi pengkhianat kepada pemimpin kerana  terlalu gilakan kuasa.Jadi bolehkah kesetiaan dan kepercayaan diberi kepadanya.Masing-masing dipergunakan demi kuasa dan matlamat,PAS juga melopong akhirnya kerana perancangan untuk merampas Kelantan dari PAS sedang berjalan .

Sedangkan apabila keadaan terdesak Najib akan mempergunakan PAS untuk menunjukkan bertapa Islamiknya dia ,kemudian pada masa yang sama perancangan untuk menjatuhkan PAS sedang berjalan. Tetapi  itulah roda pengkhianatan,pengkhianat akan bergabung dengan pengkhianat,siapa yang lebih pandai mengkhianat  sahaja akan duduk diatas dan akan dijatuhkan pula oleh pengkhianat  mengikut putaran masa.Selamat mengkhianat untuk semua.
Najib seorang yang hipokrit. Terlupa bahawa Paul Stadlen rakyat asing mengawal unit komunikasi di JPM.Ghairah melabel  orang lain pengkhianat,sedangkan diri sendiri sudah pun menjadi hamba dan mengadai negara pada negara asing tanpa rasa bersalah sedikit pun ,inilah pengkhianat negara yang sebenar.

Najib seorang yang hipokrit. Terlupa bahawa Paul Stadlen rakyat asing mengawal unit komunikasi di JPM.Ghairah melabel orang lain pengkhianat,sedangkan diri sendiri sudah pun menjadi hamba dan mengadai negara pada negara asing tanpa rasa bersalah sedikit pun ,inilah pengkhianat negara yang sebenar.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kesal dengan sikap pemimpin tertentu terdahulu yang sebelum ini sering melaung memperjuang semangat kebangsaan tetapi kini sanggup meminta campur tangan asing.Beliau berkata pemimpin berkenaan juga sanggup meninggalkan prinsip dan menggadai kedaulatan negara semata-mata untuk kepentingan mereka sendiri.



"Sayangnya, ada pemimpin yang dahulunya sering melaung memperjuangkan semangat kebangsaan, hari ini meminta campur tangan orang asing dalam hal ehwal negara."Mereka ini sanggup meninggalkan prinsip malah menggadaikan kedaulatan negara semata-mata untuk agenda peribadi," katanya dalam entri terbaharu laman Facebook beliau hari ini.

Najib berkata urusan negara tidak seharusnya melibatkan campur tangan orang asing kerana ia mampu diurus dalam negara dan ditentukan oleh rakyat negara ini sendiri."Kita tak perlu, kita jangan minta orang asing campur tangan dalam hal urusan kita. Biarlah urusan dalam negara ditentukan oleh rakyat sendiri," kata perdana menteri. – Bernama



Najib seorang yang hipokrit. Dia terlupa bahawa  Paul Stadlen rakyat asing yang mengawal unit komunikasi di JPM.Apabila kepentingan diri menjadi keutamaan apa sahaja sanggup dibuat dan dihalakan demi kuasa dan kepentingan diri.


Itulah wajah sebenar Najib yang sering berselindung dibalik jubah ,seolah -olah apabila memakai jubah apa sahaja akan dihalalkan,inilah penghinaan Najib terhadap bangsa dan agama yang amat hina sekali.Dia juga terlupa bahawa seluruh ekonomi negara telah pun diserahkan kepada negara asing dibawah TPPA .



Najib terlalu ghairah melabel  orang lain pengkhianat,sedangkan diri sendiri sudah pun menjadi  pengkhianat,hamba dan mengadai negara pada negara asing tanpa rasa bersalah dan kesal sedikit pun ,inilah pengkhianat negara yang sebenar. 




Siapa yang bawa campurtangan asing dalam 
pentadbiran negara Malaysia? Mari kita 
lihat....!!

1. 1MDB - Salah seorang Ahli Lembaga Penasihat adalah warganegara China bernama Chang Zhenming.

2. CEO MAS NewCo adalah Christopher Mueller seorang warganegara Jerman.

3. Salah seorang Pengarah APCO Worldwide bernama Paul Stadlen pernah menjadi salah seorang penasihat dalam Pejabat Perdana Menteri (PMO)

4. 1MDB menjual kepentingannya dlm EDRA kepada syarikat China General Nuclear (syarikat luar negara).

5. Dua kali dalam tempoh setahun Barrack Obama datang ke Malaysia, TPPA ditandatangani walaupun rakyat menolaknya.

6. Warganegara Qatar Sheikh Hamad Bin Jassim Bin Jabr Al-Thani - Penasihat Khas 1MDB.

7. Warganegara UAE Khaldoon Khalifa Al Mubarak - Ahli Lembaga Penasihat 1MDB.