Konspirasi jahat mungkin sedang dirancang terhadap Tun Mahathir, berdasarkan kesungguhan Ketua Polis Negara mengancam terhadap sesiapa yang melindungi Tun Mahathir.



Penarikan Kembali perkhidmatan pengiring Polis terhadap Tun Mahathir mungkin mempunyai agenda jahat yang sedang dirancang berdasarkan kesungguhan Ketua Polis Negara mengancam untuk mengambil tindakkan tegas terhadap sesiapa yang melindungi serta mengiringi Tun Mahathir sewaktu pergerakkannya kedestinasi  yang hendak dituju. Jika tanpa sebarang kawalan keselamatan lebih mudah agenda mereka dilaksanakan.

Terbaru pesawat untuk membawa Tun ke Kelantan telah mengalami kerosakkan mungkin kerana akibat sabotaj untuk menghalang beliau ke Kelantan  Bersama Mukhriz.Jika berlaku sesuatu yang tidak diingini, pihak Polis dan kerajaan boleh lepas tangan dan tidak perlu bertanggungjawab, kerana Polis telah menamatkan perkkhidmatan mereka pada Tun.





Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan beliau memberi arahan supaya khidmat pengiring bermotosikal yang diberikan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.Mungkin atas arahan Najib dan Zahid Hamidi.



Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan beliau memberi arahan supaya khidmat pengiring bermotosikal yang diberikan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad ditarik balik kerana beliau begitu giat membongkar pembohongan dan penyelewengan Najib.Bercakap kepada pemberita di Kota Kinabalu, keputusan berkenaan dibuat mungkin atas arahan Najib dan Zahid Hamidi.
"Kami batalkannya kerana dia gunakan pengiring untuk menghadiri program yang memperjuangkan hak rakyat dan kepentingan negara melalui  Deklarasi (Rakyat)."Bagaimana polis boleh mengiringnya ke himpunan tersebut? Kita tidak boleh menyokongnya, jadi saya mengambil keputusan untuk membatalkan (khidmat pengiring bermotosikal)," katanya.
Khalid bagaimanapun berkata keputusan itu bukan muktamad sambil menambah ia akan dinilai berdasarkan kes demi kes.Ketua polis itu juga memberi amaran rakyat yang bukan anggota keselamatan tetapi memberikan perkhidmatan mengiring kepada Mahathir boleh berdepan dengan pendakwaan.Ia mungkin akan menyukarkan usaha untuk mensabotaj Tun Mahathir.
"Saya harap Tun (Mahathir) memahami pendirian kita dalam menegakkan undang-undang negara dan perlembagaan kita di bawah Najib," katanya.Sebelum ini, Ahli Majlis Tertinggi Umno yang tidak dipilih oleh ahli UMNO serta telah ditolak oleh rakyat   Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata pengiring polis untuk Mahathir sepatutnya ditarik lebih awal kerana dia telah lama berdendam dengan Tun Mahathir yang telah menyingkirkannya dari jawatan dalam UMNO akibat sifat buruknya sebelum ini.


SHARE THIS

Author:

Previous Post
Next Post