Penipuan 1MDB. Petroleum Investment Co (IPIC) dan Aabar Investment PJS menafikan   Aabar  menerima pembayaran dari 1MDB.

Penipuan 1MDB. Petroleum Investment Co (IPIC) dan Aabar Investment PJS menafikan Aabar menerima pembayaran dari 1MDB.

Kenali 2 individu perdaya 1MDB salur AS$3.5b ke Aabar

1MDB dilihat makin bercelaru selepas International Petroleum Investment Co (IPIC) dan Aabar Investment PJS menafikan kaitan mereka dengan firma Aabar yang menerima pembayaran dari 1MDB.
Aabar BVI (British Virgin Islands), telah menerima sekitar RM13.6 bilion atau AS$3.5 bilion daripada 1MDB.1MDB berkata, pihaknya memindahkan dana itu kepada Aabar BVI selepas dimaklumkan oleh Pengarah Urusan IPIC, Khadem al Qubaisi dan Pengerusi Aabar, Mohamed Al Husseiny bahawa firma BVI adalah anak syarikat IPIC.Jadi, siapa dua individu ini yang didakwa telah menipu 1MDB?
Khadem Al-Qubaisi
Khadem adalah ahli perniagaan terkenal Emiriah, yang menurut laman web peribadi yang sudah tidak berfungsi, mula bekerja di IPIC sebagai pengurus pelaburan pada tahun 2000 sebelum dilantik menjadi pengarah urusan (MD) tujuh tahun kemudian.Seorang jutawan, Khadem dikatakan mempunyai kecenderungan terhadap hartanah Amerika Syarikat yang mahal.
New York Post berkata, ia termasuk rumah anjung paling mahal di Manhattan bernilai RM198 juta atau AS$50.9 juta, yang mana beliau tidak berjaya menjualnya.Sarawak Report, sementara itu, mendakwa di bawah beliau, asas modal IPIC telah menyusut daripada RM272 bilion atau AS$70 bilion kepada kurang daripada RM58 bilion atau AS$15 bilion.
Kerjayanya di IPIC berakhir apabila beliau secara mengejut meninggalkan lembaga pengarah firma itu dan ditukarkan sebagai MD ekoran rombakan yang ditetapkan oleh Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Khalifa Zayed pada bulan April 2015.Khadem kemudiannya meletakkan jawatan sebagai pengerusi hartanah Aabar dan anak syarikat IPIC yang lain seperti Cepsa dan Nova Chemicals.
Mohamed al-Husseiny
Dikatakan orang kanan Khadem, Mohamed lebih berprofil rendah, menarik perhatian yang kurang berbanding bossnya.Beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Aabar Investment PJS pada 2010, dan memegang jawatan itu sehingga Ogos tahun lalu apabila meletakkan jawatan untuk mengetuai firma ekuiti swasta, Trustbridge.
Beliau juga adalah pengarah Falcon Private Bank, dan merupakan ahli lembaga dari 2009 kepada 2013, dan dilantik semula pada April tahun lepas.Menurut The Wall Street Journal, Falcon, anak syarikat IPIC, sedang disiasat selepas para penyiasat mengesan pemindahan hampir RM2.7 bilion atau AS$700 juta pada tahun 2013 daripada akaun Falcon Private Bank di Singapura kepada akaun yang didakwa milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.


Beliau juga dilaporkan adalah pelabur utama dalam Red Granite, firma Hollywood yang dimiliki oleh anak tiri Najib, Riza Aziz.
Sekurang-kurangnya RM23.6 bilion dari 1MDB


Kedua-dua, Khadem dan Mohamed didakwa menubuhkan Aabar BVI pada bulan Mac 2012, dua bulan sebelum firma itu menerima RM2.2 bilion atau AS$576.94 juta daripada 1MDB sebagai deposit sekuriti.Sebagai jumlah, firma itu dikatakan menerima sekurang-kurangnya RM23.6 bilion atau AS$3.5 billion.

Foto Perjuangan Sejati.
The Wall Street Journal mendakwa lebih RM600 juta atau AS$155 million daripada dana-dana ini membiayai filem Hollywood terbitan Red Granite, The Wolf of Wall Street.Aabar BVI telah dibubarkan pada bulan Jun tahun lalu, atas desakan ke atas Najib dan 1MDB yang semakin membahang.Sejak itu, UAE membekukan akaun kedua-dua individu berkenaan, dan mengeluarkan larangan keluar negara di tengah-tengah dakwaan siasatan atas urusniaga perniagaan mereka.
Menurut Sarawak Report, Mohamed telah ditahan oleh pihak berkuasa Abu Dhabi pada bulan Mac, dan akan dihantar ke Amerika Syarikat untuk membantu penyiasatan AS ke atas 1MDB.




VIDEO DR ZAKIR NAIK TOUR TERENGGANU MALAYSIA   2016.

VIDEO DR ZAKIR NAIK TOUR TERENGGANU MALAYSIA 2016.


                                          



Kenapa perlu dihalang Zakir Naik?

Kerana Malaysia lebih suka dengan konsert separuh bogel yang dapat memberikan keharmonian antara agama di Malaysia.
Hari ini (11 April) negara kita digemparkan dengan pengumuman oleh Ketua Polis Negara akan pembatalan satu seminar yang akan disampaikan oleh seorang pendakwah terkenal Dr Zakir Naik.
Majlis Ulama ISMA (MUIS) berpendirian menyokong penuh kehadiran Dr Zakir Naik ke Malaysia serta membantah sekeras-kerasnya tindakan DAP melalui kata-kata biadap Ramasamy Palanisamy yang mengelar “Satan Zakir Naik”, MIC yang menuduh beliau menghina agama lain, gerakan ekstrimis Hindraf serta pihak-pihak lain yang berusaha menghalang penganjuran serta kehadiran beliau ke sini.
Pendirian ini dibuat berasaskan kesedaran bahawa Dr Zakir Naik adalah seorang pendakwah yang terkenal dalam hal ilmu berkaitan perbandingan agama.
Beliau telah mengangkat ketinggian Islam di mata masyarakat awam sama ada muslim dan bukan muslim dengan pembuktian kebenaran Islam secara berfakta dan perbandingan ajaran Islam dengan kelemahan-kelemahan dan penyelewengan yang terdapat di dalam agama-agama lain.
Segalanya dilakukan dengan penuh fakta tanpa menyeru kepada apa juga bentuk ekstremisme mahupun kekerasan.
Bagaimana mungkin segala penghujahan berfakta sebegini dianggap sebagai suatu perkara yang boleh membawa perpecahan di kalangan masyarakat.




Jika sekiranya terdapat kekeliruan dan ketidakpuasan hati terdapat hujah-hujah beliau, sesiapa sahaja boleh datang dan berhujah dengan beliau. Kenapa beliau perlu di halang daripada menyampaikan pandangan beliau dengan terbuka dan aman?
Tidak diiktiraf Malaysia
Hakikatnya, penentangan kelompok ini bukanlah terhadap individu Dr Zakir Naik itu sendiri. Penentangan yang sebenar adalah terhadap usaha murni beliau untuk menyatakan kebenaran Islam dan penyelewengan agama-agama lain.
Maka pada hakikatnya, pendirian sebenar kelompok ini adalah apa juga usaha ke arah mendaulatkan Islam dan syariat Islam di Malaysia mestilah ditentang sehabis-habisnya.
Lebih menarik lagi, usaha dakwah beliau ini pernah diiktiraf oleh Malaysia sendiri apabila Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah menganugerahkan kepada beliau tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan pada Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1435H/2013M di Dewan Plenari, PICC, Putrajaya, Malaysia pada 5 Nov 2013.
Tuduhan yang menyebut bahawa penganjuran ini akan menggugat ketenteraman awam atau sensitiviti agama adalah suatu tudahan yang tidak berasas.
Seminar yang disampaikan oleh Dr Zakir Naik ini bukanlah kali pertama dianjurkan di Malaysia bahkan konsep perbincangan dalam seminar tersebut adalah berasaskan fakta dan hujah bukan emosi tanpa asas.
Perbahasan hujah
Maka kami menyeru kepada mana-mana pihak atau individu yang tidak bersetuju dengan seminar tersebut sama ada di kalangan orang Islam atau tidak untuk hadir mendengar sendiri hujah yang akan dibentangkan dan menyatakan sendiri di hadapan beliau segala hujah dan sebab untuk tidak bersetuju dengan beliau.
Biarlah perbahasan hujah menjadi bahasa pengantara di kalangan kita dalam hal ini.
Kami juga menyeru kepada pimpinan-pimpinan kerajaan di kalangan orang Islam, gerakan-gerakan Islam serta individu yang mengaku sebagai pejuang kepada kemulian serta keindahan Islam itu sendiri untuk bersikap ikhlas terhadap apa yang disebut sebagai perjuangan selama ini.
Buktikan dengan kita sama-sama berdiri dalam satu barisan memastikan suasana Islam itu terus terpelihara.
Kepada umat Islam keseluruhannya, hendaklah kita sentiasa bersatu hati walaupun dengan pelbagai pandangan atau mazhab yang kita pegang. Jangan jadikan kepelbagaian itu menjadi satu bala kepada kita yang akhirnya merugikan Islam tetapi jadikanlah kepelbagaian itu sebagai satu rahmat lalu menjadi asbab untuk kita berperanan sebagai khaira ummah.
Di akhir sekali, kami mengingatkan seluruh rakyat Malaysia umumnya, ingatlah bahawa Malaysia ini adalah sebuah negara Islam, perkara ini jelas disebut dalam banyak perkara termasuk perlembagaan persekutuan yang menjadi tunjang kepada negara ini.
Oleh itu, sebarang usaha untuk menggugat Islam pada hakikatnya dia sedang mengancam paksi asasi negara ini dan sebarang tindakan untuk mengangkat Islam maka pada hakikatnya dia sedang berjuang untuk mempertahanakan antara paksi utama tanah air tercinta ini.

PROF MADYA DR AZNAN HASAN Pengerusi Majlis Ulama ISMA (MUIS)