Bencana kewangan 1MDB merupakan  perancangan dan strategy jahat untuk membangkrapkan negara setelah gagal untuk menjatuhkan negara dengan krisis kewangan 1997.

Bencana kewangan 1MDB merupakan perancangan dan strategy jahat untuk membangkrapkan negara setelah gagal untuk menjatuhkan negara dengan krisis kewangan 1997.




PENIPUAN DALAM 1MALAYSIA DEVELOPMENT BERHAD 

1. Akhirnya penipuan yang dilapor oleh media cetak dan elektronik di seluruh dunia diakui benar oleh Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy. 


2. Arul mengaku akan kegagalan 1MDB membayar US 1 billion (RM 3.9 billion) kepada IPIC (International Petroleum Investment Company – Abu Dhabi), syarikat yang menjamin hutang 1MDB. 


3. Mengikut IPIC syarikat bernama Aabar PJS Ltd (British Virgin Islands) yang menerima bayaran dari 1MDB bukanlah miliknya walaupun IPIC mempunyai sebuah syarikat dengan nama yang hampir sama, iaitu Aabar PJS Ltd.


 4. Jika 1MDB membayar USD 1 billion kepada syarikat palsu, ada kemungkinan syarikat berkenaan ditubuh dengan pengetahuan 1MDB sendiri dan duit itu akhirnya dimasuk dalam akaun persendirian. Sangkaan seperti ini memang dibuat oleh ramai orang, dan kenyataan Arul bahawa ada penipuan besar berlaku dalam 1MDB hanya mengesahkan sangkaan.


 5. Arul akan cuba membetulkan yang salah tetapi benang basah sukar ditegak selepas pengakuan olehnya. Adalah lebih baik Arul cerita semua, berkenaan juruaudit dibuang, 1 billion US dilabur dalam JV 1MDB/Petro Saudi, tanpa kelulusan pengarahnya, tanpa pemeriksaan due diligence, dan kemudian dibubar tetapi modal tidak dikembali kepada 1MDB, sebaliknya diberi pinjam kepada Petro Saudi, duit yang pergi ke Cayman Islands yang tidak balik ke Malaysia tetapi ke Singapura yang menjelma jadi unit, yang dilihat oleh Arul tetapi tidak dilihat olehnya, peranan bank BIS dan lain-lain milik Jho Low perjalanan wang 1MDB ke Hong Kong, Switzerland, London, Amerika, British Virgin Islands, Seychelles, Abu Dhabi, penyalahgunaan duit KWAP, duit SRC mengalir ke dalam akaun Najib, konsesi minyak di Argentina dan Turkmenistan yang menjadi aset dan kemudian tidak menjadi aset dan beribu lagi cerita yang melibatkan wang 1MDB, dijelas, dinafi, diakui dan hilang tidak disebut lagi. 


6. Sesungguhnya negara Malaysia tidak pernah melihat skandal yang sebegitu besar seperti skandal 1MDB. Rakyat yang sukar memahami berapa besarkah satu juta, sekarang mencuba menggambar banyak manakah satu billion, dan empat puluh dua billion. Bagaimanakah wang berbillion boleh kesana kesini sehingga akhirnya berada dalam akaun peribadi Najib. Rakyat menjadi bingung dengan cerita-cerita wang begitu banyak yang merata ke semua pelusuk dunia. 


7. Dicerita pula pembiayaan pengeluaran filem lucah dengan ratusan juta Ringgit yang dibuat oleh anak tiri Najib, Waah! Banyaknya duit. Dari mana datangnya. Mudah. Duit Keluarga. Rupa-rupanya multi-milionaire Melayu sudah lama ada.


 8. Dan banyak lagi pengakuan yang boleh dibuat oleh Arul, oleh pengerusi jawatankuasa penasihat, Peguam Negara dan Ketua Polis Negara dan jangan lupa Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi yang begitu berani bertindak sendiri meminjam dan melabur berbillion Ringgit dan USD bagi pihak 1MDB tanpa kebenaran, tanpa kelulusan badan pengarah dan orang atasan. Waah! Confident sungguh Shahrol. Apakah dianya juga yang terlibat dengan bayaran kepada Aabar PJS Ltd (Virgin Islands).


 9. Satu filem drama boleh dibuat berkenaan 1MDB dan tokoh-tokoh serta lokasi diseluruh dunia yang terlibat. Red Granite boleh labur dan beberapa tokoh terkenal boleh jadi pelakon. Mungkin akan menang Oscar. 


10. Demikianlah cerita 1MDB yang berjaya memperkenalkan Malaysia ke seluruh dunia. Akan lebih ramailah pelancong yang akan datang ke negara 1MDB.  Memang hebat Malaysia dizaman Najib!! 







Sekiranya bencana kewangan ini tidak dibongkar dan dibiarkan berlarutan, bayangkan berapa ratus billion lagi akan  lesap dan lenyap begitu sahaja yang mungkin akan membangkrapkan negara kerana terpaksa menampung segala kerugian dan penyelewengan dengan tabungan dan simpanan negara ,yang akan menyebabkan segala perbelanjaan negara terbantut .


Ini akan menyebabkan negara terpaksa meminjam dari negara luar atau IMF yang sememangnya terkenal dengan syarat -syarat yang mengancam kedaulatan negara. Adakah sememangnya bencana ini sememangnya dirancang dengan teliti  melalui pengkhianat yang  bersekongkol untuk menjahanamkan negara.Bedasarkan kesungguhan Najib bermati-matian mempertahankan dan melindungi para perancang serta penyangak  ini tidak mustahil semua bencana ini  adalah agenda mereka untuk menjahanamkan negara.Mereka inilah pengkhianat negara yang sebenar.

Tun Mahathir berkhidmat dan bersara meninggalkan aset ,kemudahan dan segala peluang kepada rakyat,Najib memerintah dengan mencari bala dan meninggalkan beban kepada rakyat untuk diwarisi.

Tun Mahathir berkhidmat dan bersara meninggalkan aset ,kemudahan dan segala peluang kepada rakyat,Najib memerintah dengan mencari bala dan meninggalkan beban kepada rakyat untuk diwarisi.


Surat pengesahan kepada penjilat Najib bahawa mereka perlu membayar dan 
menanggung segala hutang dan beban dari 1MDB setelah semua harta dan wangnya dirompak oleh penyangak dan penyamun yang dilindungi Najib, yang mungkin merupakan rakan kongsinya.  



 m

Jumlah kos project Hydroelectric Bakun, termasuk access road ialah RM 8.0 b. Pemilik Bakun, Sarawak Hydro SH, sebuah GOC mampu membayar RM 100 juta kpd Kerajaan Negeri Sarawak sebagai Royalti Air spt termaktub didalam Akta Bekalan Elektrik 1990 dan juga Schedule 9 Perlembagaan Malaysia.
Royalti Air, lazimnya disekitar 5% daripada hasil , jadi kita boleh bayangkan hasil atau revenue Sarawak Hydro. Perlu dingatkan Sarawak Hydro telah diperbadanankan semasa Dr Mahathir dan mengambil alih daripada Ekran sebagai pemilik Bakun, tetapi hasilnya dinikmati semasa Najib. Dengan pendapatan disekitar RM 2.0 b setahun, sepatutnya Najib membangunkan infrastructure pembahagian supaya kuasa yg dijana oleh Stesen Hydroelectric Bakun dapat dinikmati oleh disetiap pelusuk Sarawak termasuk perkampungan rumah panjang, bukan memperlekehkan usaha Dr Mahathir  untuk membangunkan Bakun.





Lain pula dengan  1MDB Najib, membeli IPP usang dengan jumlah kapasiti 7 500 MW, 40% saja kapasiti di Malaysia dgn harga RM 18 b dan menjual semula kepada Syarikat  China  pada harga 9 billion dengan menanggung kerugian. Disamping itu hutang 1MDB melonjak kepada RM 50 b, tanpa menjana sebarang hasil yang di perlukan.
Moral of the story for power project, Dr M telah meninggalkan legasi Bakun untuk dinikmati oleh semua rakyat , tetapi Najib akan meninggalkan legasi 1MDB dalam bentuk hutang tanpa sebarang hasil kepada negara setelah mengambilalih semua perniagaan 1MDB yang telah dirompak habis wang tunainya ,yang tinggal hanyalah beban dan hutang bertimbun yang membebankan kewangan negara.
Helikopter yang membawa rombongan 2 Ahli parlimen hilang dari radar.

Helikopter yang membawa rombongan 2 Ahli parlimen hilang dari radar.





Helikopter yang membawa rombongan 2 Ahli parlimen hilang dari radar.



Senarai penumpang berdasarkan rekod semasa berlepas.

1. YB Dato' Noriah Kasnon, Timbalan Menteri MPIC
2. Tuan Asmuni bin Abdullah( suami TM)
3. Datuk Dr. Sundaran Annamalai , KSU MPIC,
4. Dato' Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, Pengerusi MPOB/ AP Kuala      Kangsar,
5. Ahmad Sobri bin Harun ( pengawal peribadi)

Belum ada pengumuman rasmi mengenai keadaan sebenar mereka.
Berlepas dari SMk spoah,   jam  5 pm sehingga sekarang tiada isyarat yang diaktifkan pada radar.


heli 5



Konspirasi jahat mungkin sedang dirancang  terhadap Tun Mahathir, berdasarkan kesungguhan Ketua Polis Negara mengancam terhadap sesiapa yang melindungi Tun Mahathir.

Konspirasi jahat mungkin sedang dirancang terhadap Tun Mahathir, berdasarkan kesungguhan Ketua Polis Negara mengancam terhadap sesiapa yang melindungi Tun Mahathir.



Penarikan Kembali perkhidmatan pengiring Polis terhadap Tun Mahathir mungkin mempunyai agenda jahat yang sedang dirancang berdasarkan kesungguhan Ketua Polis Negara mengancam untuk mengambil tindakkan tegas terhadap sesiapa yang melindungi serta mengiringi Tun Mahathir sewaktu pergerakkannya kedestinasi  yang hendak dituju. Jika tanpa sebarang kawalan keselamatan lebih mudah agenda mereka dilaksanakan.

Terbaru pesawat untuk membawa Tun ke Kelantan telah mengalami kerosakkan mungkin kerana akibat sabotaj untuk menghalang beliau ke Kelantan  Bersama Mukhriz.Jika berlaku sesuatu yang tidak diingini, pihak Polis dan kerajaan boleh lepas tangan dan tidak perlu bertanggungjawab, kerana Polis telah menamatkan perkkhidmatan mereka pada Tun.





Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan beliau memberi arahan supaya khidmat pengiring bermotosikal yang diberikan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.Mungkin atas arahan Najib dan Zahid Hamidi.



Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan beliau memberi arahan supaya khidmat pengiring bermotosikal yang diberikan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad ditarik balik kerana beliau begitu giat membongkar pembohongan dan penyelewengan Najib.Bercakap kepada pemberita di Kota Kinabalu, keputusan berkenaan dibuat mungkin atas arahan Najib dan Zahid Hamidi.
"Kami batalkannya kerana dia gunakan pengiring untuk menghadiri program yang memperjuangkan hak rakyat dan kepentingan negara melalui  Deklarasi (Rakyat)."Bagaimana polis boleh mengiringnya ke himpunan tersebut? Kita tidak boleh menyokongnya, jadi saya mengambil keputusan untuk membatalkan (khidmat pengiring bermotosikal)," katanya.
Khalid bagaimanapun berkata keputusan itu bukan muktamad sambil menambah ia akan dinilai berdasarkan kes demi kes.Ketua polis itu juga memberi amaran rakyat yang bukan anggota keselamatan tetapi memberikan perkhidmatan mengiring kepada Mahathir boleh berdepan dengan pendakwaan.Ia mungkin akan menyukarkan usaha untuk mensabotaj Tun Mahathir.
"Saya harap Tun (Mahathir) memahami pendirian kita dalam menegakkan undang-undang negara dan perlembagaan kita di bawah Najib," katanya.Sebelum ini, Ahli Majlis Tertinggi Umno yang tidak dipilih oleh ahli UMNO serta telah ditolak oleh rakyat   Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata pengiring polis untuk Mahathir sepatutnya ditarik lebih awal kerana dia telah lama berdendam dengan Tun Mahathir yang telah menyingkirkannya dari jawatan dalam UMNO akibat sifat buruknya sebelum ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan beliau memberi arahan supaya khidmat pengiring bermotosikal yang diberikan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.Mungkin atas arahan Najib dan Zahid Hamidi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan beliau memberi arahan supaya khidmat pengiring bermotosikal yang diberikan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.Mungkin atas arahan Najib dan Zahid Hamidi.




Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan beliau memberi arahan supaya khidmat pengiring bermotosikal yang diberikan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad ditarik balik kerana beliau begitu giat membongkar pembohongan dan penyelewengan Najib.Bercakap kepada pemberita di Kota Kinabalu, keputusan berkenaan dibuat mungkin atas arahan Najib dan Zahid Hamidi.
"Kami batalkannya kerana dia gunakan pengiring untuk menghadiri program yang memperjuangkan hak rakyat dan kepentingan negara melalui  Deklarasi (Rakyat)."Bagaimana polis boleh mengiringnya ke himpunan tersebut? Kita tidak boleh menyokongnya, jadi saya mengambil keputusan untuk membatalkan (khidmat pengiring bermotosikal)," katanya.
Khalid bagaimanapun berkata keputusan itu bukan muktamad sambil menambah ia akan dinilai berdasarkan kes demi kes.Ketua polis itu juga memberi amaran rakyat yang bukan anggota keselamatan tetapi memberikan perkhidmatan mengiring kepada Mahathir boleh berdepan dengan pendakwaan.Ia mungkin akan menyukarkan usaha untuk mensabotaj Tun Mahathir.
"Saya harap Tun (Mahathir) memahami pendirian kita dalam menegakkan undang-undang negara dan perlembagaan kita di bawah Najib," katanya.Sebelum ini, Ahli Majlis Tertinggi Umno yang tidak dipilih oleh ahli UMNO serta telah ditolak oleh rakyat   Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata pengiring polis untuk Mahathir sepatutnya ditarik lebih awal kerana dia telah lama berdendam dengan Tun Mahathir yang telah menyingkirkannya dari jawatan dalam UMNO akibat sifat buruknya sebelum ini.
Setelah terbongkar segala kebenaran tentang penyelewengan dan penipuan dalam IMDB oleh Bank Negara  , Arul Kanda  serta IPIC ,Najib terus terdiam seribu bahasa tentang 1MDB .

Setelah terbongkar segala kebenaran tentang penyelewengan dan penipuan dalam IMDB oleh Bank Negara , Arul Kanda serta IPIC ,Najib terus terdiam seribu bahasa tentang 1MDB .




Setelah terbongkar segala kebenaran tentang penyelewengan dan penipuan dalam IMDB oleh Bank Negara  , Arul Kanda  serta IPIC ,Najib terus terdiam seribu bahasa tentang 1MDB .Tiada lagi cakap besar serta derma dari 1MDB yang kononnya sangat berjaya sehingga dapat menyumbang berpuluh juta yang entah dikorek dari  tabungan negara yang mana untuk membantu Najib berkempen  didalam aktiviti propagandanya.

Di dalam kempen di Sarawak Najib terus jadi bisu dengan 1MDB walaupun Sarawak merupakan penyumbang utama hasil negara yang telah disonglapkan oleh 1MDB.Najib pada masa sekarang lebih sibuk dengan kerja mencuci segala bangkai didalam 1MDB dari memikirkan kepentingan rakyat sehingga terlupa bahawa bencana dari 1MDB ini bakal meranapkan  terus ekonomi negara  dengan hutang bertaraf sampah yang terpaksa ditanggung oleh negara.

Permainan persepsi yang Najib mainkan ialah sesiapa yang menentangnya adalah menentang kerajaan dan UMNO.Jika sebelum ini dia mengatakan bahawa pemimpin UMNO yang menentang dan menfitnahnya dengan isu 1MDB sedangkan dia tidak terlibat dengan isu 1MDB adalah pengkhianat parti dan negara.Maka bermati-matianlah pencacai dan penjilatnya mempertahankan pendirian tersebut dengan mengambil pelbagai tindakan dan mengecam Tun Mahathir,Muhhiydin ,Mukhriz, Shafie Afdal dan banyak lagi individu berkaitan serta menarik segala jawatan dan keistimewaan yang diberikan kepada mereka.




Inilah harga sebuah perjuangan  untuk mempertahankan prinsip kebenaran demi hak rakyat dan negara.Jika sebelum ini segala penipuan dan penyelewengan ini dikatakan fitnah oleh Najib serta pencacainya ,setelah terbukti kebenaran berlakunya penyelewengan ini didalam kerajaan ,Najib serta penjilatnya perlu bertanggungjawab sepenuhnya keatas penyelewengan ini kerana bermati-matian cuba untuk menutup segala penipuan dan penyelewengan ini.
Sekiranya kesemua mereka ini masih lagi tergila-gilakan kuasa dan jawatan didalam kerajaan serta UMNO prinsip apa lagi yang boleh dipegang oleh mereka , mereka hanya layak berjuang untuk kepentingan perut mereka sendiri sahaja .




Seluruh ahli UMNO dan rakyat Malaysia wajib menolak golongan pengkhianat yang  hanya gilakan kuasa untuk kepentingan diri sahaja .Atas prinsip apa lagi yang boleh ahli UMNO mempertahankan pemimpin mereka yang terbukti bersekongkol dengan penipuan dan penkhianatan terhadap harta negara berpuluh billion ringgit.Adakah ini ciri-ciri pemimpin yang wajib dipertahankan ,iaitu pemimpin yang menjadi pengkhianat rakyat dan negara.

Najib hanyalah seorang individu yang tiada kaitan dengan UMNO dan kerajaan, kewujudan dan kuasa yang ada padanya sekarang pun adalah dari dasar kerajaan dan UMNO selama ini. UMNO dan kerajaan negara ini juga telah wujud sebelum Najib menjadi Perdana Menteri lagi ,jadi bagaimana hendak dikatakan menolak dan menentang Najib adalah menentang UMNO dan kerajaan .Adakah Najib telah menjadikan UMNO dan kerajaan yang sekarang  sebagai miliknya secara  peribadi ,tidak malukah Najib dengan mengatakan mereka yang menolaknya adalah pengkhianat sedangkan dia sendiri mengkhianat parti dan negara dengan reputasinya yang sangat buruk  dimata rakyat dan dunia. 

Tak perlu tertipu lagi dengan pembohongan Najib bahawa seolah-olah sesiapa yang  yang menentangnya adalah menentang kerajaan dan UMNO,Najib serta penjilatnya hanyalah individu yang tidak layak memegang sebarang jawatan dalam kerajaan kerana tidak  amanah dan kuat menipu serta berlakon .yang  tiada kaitan dengan UMNO.UMNO memerlukan pemimpin seperti Tun Mahathir,  Muhyidin ,Mukhriz dan Shafie Afdal yang sanggup mengorbankan jawatan  demi prinsip kebenaran serta hak  rakyat .




KENYATAAN YB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN BERHUBUNG LAPORAN PAC MENGENAI 1MDB.


KENYATAAN YB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN BERHUBUNG LAPORAN PAC MENGENAI 1MDB

1. Saya telah tegaskan dari awal lagi bahawa penubuhan 1MDB adalah tidak perlu. Dengan struktur modal hanya RM1 juta dan hutang RM42 bilion, model perniagaan 1MDB tidak mapan dan akhirnya menjadi beban kepada negara. Saya juga telah menasihati Dato’ Seri Najib supaya beliau tidak menjadi Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB kerana ia tidak wajar. Saya menyatakan agak luar biasa sebuah syarikat mempunyai Lembaga Penasihat.

2. Saya juga pernah menzahirkan kebimbangan saya mengenai masalah aliran tunai syarikat yang amat teruk sehinggakan tidak mampu membayar hutang. Juga mengenai pelaburan yang mencurigakan tanpa dibuat due diligence sebelum perjanjian dimaterai.



3. Saya juga mempersoalkan pelan rasionalisasi 1MDB yang belum tentu dapat ditunaikan. Malah penjualan aset-aset 1MDB tidak menjamin boleh menyelesaikan hutang-piutangnya yang bukan semakin berkurang tetapi meningkat kepada RM50 bilion. Saya juga telah meminta seluruh ahli Lembaga Pengarah dipecat dan tindakan undang-undang diambil terhadap mereka. Baru kini mereka meletak jawatan.

4. Laporan PAC mengesahkan segala pandangan dan kebimbangan saya mengenai 1MDB. Najib nampaknya bersedia menerima laporan PAC, tetapi malangnya dia telah menghukum saya apabila saya menyuarakan hal yang sama di dalam kabinet. Hari ini penyokong-penyokong Najib mencanang bahawa nama Najib telah dibersihkan oleh PAC dan meminta rakyat terus bergerak ke hadapan dengan melupakan episod hitam penyelewengan 1MDB. Mana mungkin? Berapa kali dalam laporan PAC disebut Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, iaitu Najib.

5. Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara  (PAC) mengenai 1MDB tidak membebaskan Najib daripada dakwaan penyelewangan. Sebaliknya laporan PAC mendedahkan mengikut Artikel 117 Memorandum dan Artikel Penubuhan 1MDB, sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Najib terbabit secara langsung membuat keputusan-keputusan penting berkaitan komitmen kewangan syarikat, termasuk pelaburan. Justeru, tidak hairanlah sepertimana yang dilaporkan oleh PAC, pihak pengurusan 1MDB banyak membelakangkan arahan Lembaga Pengarah syarikat dalam melaksanakan usahasama dan pelaburan kerana kuasa tersebut terletak di tangan Perdana Menteri. 



6. Antaranya ialah keputusan Lembaga Pengarah meluluskan pemindahan sebanyak USD1 billion ke dalam akaun bank syarikat usahasama 1MDB Petrosaudi Ltd. Pihak pengurusan hanya memindahkan sebanyak USD300 juta ke dalam akaun bank 1MDB Petrosaudi Ltd, manakala baki sebanyak USD700 juta dimasukkan ke dalam akaun syarikat Good Star Limited milik Taek Jho Low, iaitu kenalan rapat Najib.

7. Sepertimana yang dilapor dalam hansard prosiding PAC, mantan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral mengesahkan pemindahan wang berjumlah USD1 bilion untuk usahasama dengan PetroSaudi Ltd telah mendapat kelulusan bertulis daripada Perdana Menteri. Saya percaya pihak pengurusan 1MDB juga menerima arahan daripada Perdana Menteri dalam membuat keputusan-keputusan pelaburan berisiko tinggi yang tidak masuk akal. 


Antaranya ialah keputusan untuk melabur sejumlah USD2.318 bilion dalam Segregated Portfolio Company (SPC) melalui Bridge Global Absolute Return Fund SPC, iaitu sebuah syarikat yang baru sebulan ditubuhkan, tiada lesen sebagai pengurus dana dan tiada pengalaman untuk menguruskan dana yang besar. Begitu juga dengan dana berjumlah USD3 bilion yang sepatutnya digunakan untuk projek pembangunan TRX tetapi telah dipindahkan kepada 1MDB sebanyak USD 1 bilion, kepada 1MDB Energy Ltd sebanyak USD 28.85 juta, kepada Brazen Sky Ltd sebanyak USD 1.5 juta dan pelaburan di luar negara sebanyak USD1.58 billion.

8. Penyelewengan dalam 1MDB telah menyebabkan syarikat ini gagal menjana pendapatan yang mencukupi untuk membayar hutang. Malah 1MDB terpaksa meminjam wang untuk membayar hutang yang telah meningkat secara mendadak daripada RM5 bilion pada tahun 2009 kepada RM50 bilion pada tahun 2016. 1MDB memerlukan RM3 bilion setahun untuk membayar faedah ke atas hutang sahaja. Dengan kebanyakan aset 1MDB telah dijual dan pelaburan yang mencurigakan, berkemungkinan besar kerajaan terpaksa menanggung segala hutang syarikat. Saya amat bimbang beban onar 1MDB akhirnya akan terpaksa ditanggung oleh rakyat.



9. Antara skop laporan PAC ialah untuk menentukan samada wang hasil pelaburan 1MDB di Cayman Islands berjumlah USD2.318 bilion sudah dibawa balik ke Malaysia. Malangnya, PAC gagal menyatakan perkara ini dengan jelas. Tidak dapat juga dipastikan ke mana perginya wang USD700 juta dan USD330 juta yang dimasukkan ke dalam akaun Good Star Limited milik Jho Low; USD3.51 bilion yang dibayar kepada Aabar Investment PJS Limited; USD940  juta dalam bentuk 'unit' yang dikatakan disimpan dalam Bank BSI di Singapura; dan USD1.56 bilion yang dilabur dalam 1MDB Global Investments Ltd. Kesemuanya berjumlah USD7 billion (RM28 billion).

10. Terbaharu, International Petroleum Investment Company (IPIC) yang berpangkalan di Abu Dhabi menafikan syarikat tersebut atau unitnya Aabar Investment PJS telah menerima USD3.5 bilion daripada 1MDB menerusi Aabar BVI sepertimana yang dilapor kepada PAC. IPIC juga menafikan mereka ada sebarang kaitan dengan 1MDB. Ini suatu pendedahan yang amat memalukan. Ia suatu penipuan. Jika IPIC tidak menerima sebarang bayaran daripada 1MDB, ke mana perginya wang ini? Kegagalan untuk memastikan ke mana perginya wang ini mengukuhkan lagi pandangan saya sebelum ini bahawa 1MDB sejak dari awal lagi adalah satu skim untuk menipu. 



11. Jadi kepada menteri-menteri kabinet dan Najib sendiri yang menganggap penyelewengan 1MDB telah selesai dan namanya telah dibersihkan, seraya mengajak rakyat supaya bergerak ke hadapan, janganlah anda cuba bersandiwara atau mengalihkan isu. Rakyat tidak akan lupa puluhan bilion wang negara telah diseleweng. Orang yang mencuri ayam pun ditangkap dan didakwa. Masakan individu yang mencuri puluhan bilion wang negara terlepas begitu sahaja?

12. PAC telah memperakukan supaya bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral, disiasat oleh pihak berkuasa. Saya menggesa supaya pihak berkuasa segera membuat siasatan dan Datuk Shahrol mestilah menyatakan perkara yang sebenar. Siasatan mengenai aliran keluar wang 1MDB yang masih belum terjawab juga perlu diteruskan.

13. Tanpa memperkecilkan laporan PAC, penyiasatan yang dijalankan ke atas 1MDB tidak konklusif. T maklumat-maklumat penting berkaitan pelaburan luar negara yang tidak dapat ditentukan kesahihannya. Apa lagi ia telah menyebabkan kerugian bernilai berbilion ringgit kepada IMDB seperti usahasama dengan Petrosaudi. Sebenarnya Najib bertanggungjawab sepenuhnya di atas penyelewengan 1MDB. Sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB yang berkuasa membuat keputusan berkaitan komitmen kewangan syarikat, dia tidak boleh mencuci tangan dengan meletakkan semua kesalahan ke atas Lembaga Pengarah dan pihak pengurusan syarikat.

14. Gesaan saya selama ini supaya Najib meletak jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB ternyata berasas. Mana pernah berlaku dalam sejarah negara kita seorang Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan mempunyai kuasa untuk membuat keputusan bagi sebuah syarikat awam. Hal ini telah diakui oleh PAC dalam laporannya yang membuat perakuan supaya Lembaga Penasihat bersama Artikel 117 M&A syarikat dimansuhkan.

15. Namun, pemansuhan Lembaga Penasihat 1MDB sahaja tidak memadai. Najib ialah orang yang terlibat secara langsung dalam penyelewengan 1MDB sehingga menyebabkan syarikat ini menanggung beban hutang yang besar dan kerajaan terdedah kepada risiko hutang RM20 bilion. Jangan pula nanti ada tindakan bail out oleh kerajaan. 

17. Penyelewengan 1MDB amat jelas. Jika Najib seorang yang bermaruah, dia sepatutnya meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.
Berpuluh ribu rakyat hadir ke program deklarasi rakyat di Kedah .Ini mungkin petanda jelas BN bakal pupus di Kedah setelah pengkhianatan Najib terhadap rakyat Kedah dengan mengumpan Muhkriz sebagai Menteri Besar semasa pilihanraya.

Berpuluh ribu rakyat hadir ke program deklarasi rakyat di Kedah .Ini mungkin petanda jelas BN bakal pupus di Kedah setelah pengkhianatan Najib terhadap rakyat Kedah dengan mengumpan Muhkriz sebagai Menteri Besar semasa pilihanraya.




Berpuluh ribu rakyat hadir ke program deklarasi rakyat di Kedah .Ini mungkin petanda jelas BN bakal pupus di Kedah setelah pengkhianatan Najib terhadap rakyat Kedah dengan mengumpan Muhkriz sebagai Menteri Besar semasa pilihanraya.

Namun setelah menang, Mukhriz digantikan dengan penjilatnya yang lebih bagus iaitu Mat Lena.Perkara ini juga mungkin berlaku di Sarawak ,selepas pilihanraya mungkin Najib akan menggantikan Ketua Menteri Sarawak dengan penjilatnya yang lebih bagus setelah menang pilihanraya supaya aktivitinya dapat dijalankan dengan lebih mudah.  


Video penuh penerangan lengkap Isu 1MDB disini.






















Ini pula kehadiran rakyat Sarawak di majlis Najib.Nampak atau tidak bertapa semakin terdesaknya Najib  dengan para penjilatnya.