
KUALA LUMPUR: Senator Datuk Ng Chiang Chin meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengkaji semula hasrat untuk menaikkan kadar kompaun trafik sebagai antara langkah mengurangkan kadar kemalangan. Ahli Dewan Negara itu berkata, cadangan menaikkan kadar kompaun untuk mendidik pesalah tegar jalan raya bukan penyelesaian terbaik.
"Pihak berkuasa perlu mempamerkan komitmen untuk melakukan penguatkuasaan yang lebih ketat bukan hanya bermusim ketika musim perayaan sahaja," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara semalam.Chiang Chin berpandangan langkah-langkah penguatkuasaan yang lebih ketat perlu dipertingkatkan terlebih dahulu sebelum melaksanakan kenaikan kadar kompaun yang akan membebankan pengguna jalan raya.
Beliau berkata cadangan itu perlu diperhalusi kerana kemalangan jalan raya adalah berpunca daripada sikap pemandu yang cuai terutama golongan muda.Pada Februari lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mencadangkan jumlah kompaun maksimum trafik dinaikkan sebagai langkah mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
Kadar saman di Thailand
Kemalangan jalanraya ,sebenarnya tiada kena mengena dengan kompaun,tetapi ianya sering dijaja demi untuk menghalalkan pemerasan duit rakyat sedangkan punca sebenar kemalangan tidak pernah disiasat dan didedahkan untuk mengelak dari segala pembohongan ini terbongkar hingga lubuk duit ini bakal tertutup dengan kebenaran .
Selagi penyagak dan penyamun berkuasa jangan haraplah kemalangan jalanraya dinegara ini akan berkurangan kerana dari kemalangan ini penyangak dan penyamun boleh mengaut beratus juta atau berbillion hasil untuk disamun. Sila ambil contoh negara Thailand ,walaupun kompaun kurang namun kemalangan di negara tersebut sangat rendah berbanding jumlah penduduknya.