Jika Arul Kanda tidak mendedahkan sepenuhnya skandal dan penipuan dalam IMDB, masa depannya sebagai tokoh korporat bakal terjejas kerana kredibilitinya sebagai CEO telah menjadi buruk kerana bersekongkol dengan penipuan serta penyelewengan dalam syarikat itu.Keyakinan orang ramai serta syarikat terhadapnya akan hilang begitu sahaja sedangkan dia hanyalah kambing hitam yang bakal dikorbankan demi untuk menutup dalang sebenar kepada bencana kewangan yang terburuk dalam sejarah negara.
Arul Kanda perlu mendedahkan sepenuhnya konspirasi ini jika dia mahu membersihkan namanya serta untuk mengembalikan keyakinan orang ramai terhadapnya kerana dia tidak sepatutnya menanggung beban yang bukan dicari dan dibuat olehnya.

'Kemungkinan penipuan, kerjasama dalaman 1MDB'
Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy mengulangi kemungkinan berlaku ‘penipuan besar-besaran’ dan ‘kerjasama dari pihak dalaman’ berhubung pembayaran lebih AS$3.5 bilion yang dibuat kepada firma Aabar ‘palsu’ di Kepulauan Beritish Virgin (BVI).
"Kita tidak tolak bahawa sebenarnya berlaku penipuan... penipuan besar-besaran... dan mungkin ada kerjasama dari pihak kami," kata Arul Kanda ketika ditemu-bual oleh The Edge Financial Weekly.
Syarikat International Petroleum Investment Company (IPIC) yang berpangkalan di Abu Dhabi dan anak syarikatnya, Aabar Investments PJS baru-baru ini mengisytiharkan bahawa mereka tidak mempunyai sebarang kaitan dengan firma syarikat yang diperbadankan di BVI dengan nama Aabar Investments PJS Limited (Aabar BVI).
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dalam laporannya mengenai 1MDB juga berkata tidak ada bukti bahawa Aabar BVI yang dinamakan sebagai Aabar Ltd dalam laporannya, mempunyai hubungan dengan IPIC atau Aabar Investment PJS.
1MDB membayar RM4.24 bilion (kira-kira AS$1.367 bilion) kepada Aabar BVI sebagai deposit keselamatan pada tahun 2012, tanpa kelulusan lembaga 1MDB pengarah.Dalam temu bual itu, Arul Kanda juga bercakap mengenai keinginannya untuk bersara dari 1MDB dan bahawa isu di dana itu bukan isu mengenai dirinya.
Mengulas temu bual itu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Arul Kanda mempunyai tanggungjawab untuk mendedahkan semua maklumat berkaitan dengan penipuan yang didakwanya itu.“Memandang Arul sudah berkali-kali menyatakan hasratnya untuk meletakkan jawatan, PAS menyarankan Arul mendedahkan segalanya sebelum beliau berundur.

“Ini penting jika Arul ingin mengecapi ketenangan selepas meninggalkan 1MDB kerana pendedahan akan menyebabkan peluang beliau tidak dikambinghitamkan ke atas apa yang berlaku sebelum beliau diberikan amanah menguruskan hutang 1MDB dapat diminimakan.“Sebagai seorang yang bijak, Arul sudah tentu dapat belajar daripada episod malang yang menimpa bekas CEO 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi,” kata Tuan Ibrahim lagi.