
Berbeza dengan program yang berkaitan dengan kerajaan atau Najib yang terpaksa menyogok rakyat dengan pelbagai kaedah termasuk hiburan ,elaun dan sebagainya .Program tandatangani deklarasi rakyat tidak memerlukan semua itu tetapi hanya memerlukan kekuatan dan kesungguhan semangat untuk menyingkirkan Najib iaitu punca segala perpecahan,masalah dan kepincangan pentadbiran negara .

Sebelum negara dibebani dengan pelbagai masalah yang lebih rumit dan bahaya ,Najib harus disingkirkan untuk mengelakan negara terjerumus kedalam konflik yang boleh mengancam keselamatan dan kemakmuran negara sehingga tidak boleh diselamatkan lagi.