Menteri: Penahanan Rafizi berlandaskan undang-undang
“Penahanan beliau dibuat bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972,” katanya dalam satu kenyataan media.Seksyen berkenaan menyebut bahawa undang-undang itu tidak boleh terpakai berhubung sebarang prosiding sivil atau jenayah, penangkapan, penjara atau kerosakan oleh sebab apa-apa perkara yang dibawa di kepada Dewan atau mana-mana jawatankuasa.
“Pada masa yang sama saya berpendapat bahawa Seksyen 7 Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 tidak memberi imuniti kepada ahli-ahli Parlimen dalam melakukan sesuatu kesalahan jenayah,” katanya.
Rafizi ditahan semalam di bawah Akta Rahsia Rasmi.Adakah undang-undang negara ini telah menjadi undang-undang untuk melindungi penyangak dan penyamun bukan lagi untuk melindungi kepentingan rakyat dan negara.Kemusnhan negara yang bagaimanakah yang akan berlaku jika kepincangan ini terus berlarutan ,adakah sanggup kita menanggung bencana yang amat dahsyat yang akan melanda.
Sampai bilakah keadaan ini akan terus berlaku dan berlarutan sehingga tidak ada apa lagi yang boleh dibuat untuk memperbetulkan keadaan.Penyangak dan penyamun tidak disiasat dan ditangkap,orang yang melaporkan ada rompakkan dan kegiatan penyamun pula yang disiasat dan ditangkap.Undang-undang lanun manakah yang digunapakai ini ,adakah negara ini sedang diperintah oleh ketua penyangak dan penyamun pada masa ini.
“Walaubagaimanapun, saya yakin PDRM mempunyai justifikasinya sendiri kenapa penahanan tersebut dibuat di lokasi sedemikian,” kata Azalina.
Awal hari ini, Pandikar mengakui polis perlu memberi notis kepada Dewan Rakyat jika mereka merancang untuk bertindak di perkarangan Parlimen.
Bagaimanapun, beliau tidak pasti sama ada tempat di mana penangkapan itu berlaku adalah dikawasan Parlimen.