Siapa yang lebih pandai mengkhianat sahaja akan duduk diatas dan akan dijatuhkan pula oleh pengkhianat mengikut putaran masa.

Saya bukan itik, tak makan dedak - Ku Li


Pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah berkata beliau memberi sokongan kepada Datuk Seri Najib Razak selaku ahli Umno dan perdana menteri itu masih menjadi presiden parti.Katanya, beliau berbeza dengan Tun Dr Mahathir Mohamad kerana bekas perdana menteri itu bukan lagi merupakan ahli Umno."Saya ahli Umno. Mahathir tidak ahli Umno. Saya sudah hampir 50 tahun jadi ahli Umno dan ketua Umno bahagian selama 40 tahun lebih. Jadi, apa sangat tandatangan (Deklarasi Kelantan) itu.

"Saya ahli Umno, saya mesti sokong presiden saya. Kalau saya tidak sokong presiden saya, kita tengoklah dalam perhimpunan agung apabila hendak memilih nanti," katanya dalam temubual bersama akhbar Mingguan Malaysia hari ini.
Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li itu berkata demikian sebagai mengulas mengenai tindakannya yang menandatangani Deklarasi Kelantan yang menyatakan sokongan penuh terhadap perdana menteri."Saya ahli Umno saya mesti sokong apa yang ada dalam Umno dan kebetulan Umno berkuasa, siapa yang jadi presiden dan perdana menteri, itulah orang kita," katanya lagi.
Kerana terlebih makan dedak Tengku Razali terlupa bahawa beliau juga merupakan pengkhianat parti yang telah membuatkan UMNO diharamkan dan pernah menjadi pengkhianat kepada pemimpin kerana  terlalu gilakan kuasa.Jadi bolehkah kesetiaan dan kepercayaan diberi kepadanya.Masing-masing dipergunakan demi kuasa dan matlamat,PAS juga melopong akhirnya kerana perancangan untuk merampas Kelantan dari PAS sedang berjalan .


Sedangkan apabila keadaan terdesak Najib akan mempergunakan PAS untuk menunjukkan bertapa Islamiknya dia ,kemudian pada masa yang sama perancangan untuk menjatuhkan PAS sedang berjalan. Tetapi  itulah roda pengkhianatan,pengkhianat akan bergabung dengan pengkhianat,siapa yang lebih pandai mengkhianat  sahaja akan duduk diatas dan akan dijatuhkan pula oleh pengkhianat  mengikut putaran masa.Selamat mengkhianat untuk semua.


SHARE THIS

Author:

Previous Post
Next Post