KUALA LUMPUR 7 April – Presiden dan Pengarah Eksekutif 1Malaysia Development Bhd. (1MDB), Arul Kanda Kandasamy berkata, syarikat tersebut akan menjadi syarikat dorman (tidak aktif), jika aset dan anak syarikatnya diserahkan kepada Menteri Kewangan iperbadankan (MKD).
.

Arul Kanda Kandasamy
Berikutan itu, katanya, perbincangan mengenai status 1MDB akan dibuat bersama MKD dalam masa terdekat.Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai saranan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) supaya anak syarikat dan aset 1MDB diserahkan kepada MKD.“Apabila kita lihat pelan rasionalisasi dan saranan PAC, jika anak syarikat dikeluarkan daripada 1MDB, 1MDB akan menjadi syarikat dorman.“(Ini bermaksud) tiada operasi harian dan 1MDB hanya akan menerima aliran tunai oleh pelan rasionalisasi dan akan membayar hutang bon,” kata beliau dalam satu temubual khas yang disiarkan TV3 hari ini.
Ketika ini, 1MDB masih memiliki aset termasuk Tun Razak Exchange dan 40 peratus kepentingan dalam Bandar Malaysia.Sementara itu, Arul Kanda menjelaskan bahawa tawaran peletakan jawatan enam ahli lembaga pengarah 1MDB bukan tindakan untuk melarikan diri, malah memberi ruang siasatan lanjut ke atas syarikat tersebut secara lebih terbuka dan telus.1MDB memiliki lebihan tunai sebanyak RM2.96 bilion susulan jualan Edra Global Energy dan pelepasan kepentingan dalam Bandar Malaysia.
Mengulas lanjut, beliau berkata, tiada peruntukan kewangan dan tiada pampasan atau bayaran yang diminta daripada kesemua enam ahli lembaga pengarah berkenaan termasuk dirinya.“Pihak berkuasa atau pihak penguat kuasa telah diminta oleh PAC untuk meneliti laporan ini.“Jika ada kesalahan maka tindakan boleh diambil. Jika saya sendiri didapati telah melakukan kesalahan, saya bersedia untuk menerima apa yang ditentukan oleh pihak berkuasa,” katanya. – BERNAMA
Mengulas lanjut, beliau berkata, tiada peruntukan kewangan dan tiada pampasan atau bayaran yang diminta daripada kesemua enam ahli lembaga pengarah berkenaan termasuk dirinya.“Pihak berkuasa atau pihak penguat kuasa telah diminta oleh PAC untuk meneliti laporan ini.“Jika ada kesalahan maka tindakan boleh diambil. Jika saya sendiri didapati telah melakukan kesalahan, saya bersedia untuk menerima apa yang ditentukan oleh pihak berkuasa,” katanya. – BERNAMA

Penyelia kewangan Switzerland: 1MDB, Petrobras kes 'jelas rasuah'
Ketua pegawai eksekutifnya Mark Branson merujuk kepada wang daripada dua entiti itu yang melalui sistem kewangan Switzerland.Beliau menggelar Petrobras dan 1MDB sebagai contoh utama risiko pengubahan wang haram yang dihadapi Switzerland.“Ini bukan berlaku beberapa tahun lalu – wang itu masih diterima sehinggalah baru-baru ini. Kita bukan bercakap tentang isu peninggalan.
“Daripada apa yang dilihat, kita tidak berdepan situasi tidak jelas.“Bukti-bukti menunjukkan kes jelas rasuah,” katanya dalam Persidangan Tahunan Finma 2016 di Berne, Switzerland, hari ini.Salinan ucapan itu boleh diperoleh di laman web Finma.
Sampai bilakah keadaan ini akan dibiarkan berterusan serta berapa banyak lagi harta dan aset negara bakal lenyap dan digadaikan,hanya dengan menyingkirkan Najib sajalah yang dapat menyelamatkan negara ini dari terus dijahanamkan.Selagi Najib berkuasa sebagai PM selama itulah pelbagai bencana ,penipuan dan salagunakuasa berleluasa kerana pemimpin korup sudah semestinya pengikutnya lebih korup dan bermasalah.