Latest
Loading...

Industri Dadah merupakan industri yang menguntungkan dengan pasaran hasil berbillion ringgit serta bebas diniagakan di Malaysia sehingga dadah beratus juta dan berbillion boleh bebas keluar masuk negara, kerana Polis dan Ketua Polis "Tidak Tahu"


BANGKOK - THAILAND. Pihak berkuasa Thailand mendedahkan cubaan menyeludup sejumlah besar dadah ke Malaysia dua minggu lepas didalangi tiga lelaki rakyat Malaysia.Mereka merancang cubaan menyeludup 226kilogram (kg) dadah jenis "Ice" dan 8kg heroin oleh sekumpulan 21 'keldai dadah' itu ke Malaysia dengan penuh teliti bagi memastikan pergerakan mereka tidak dihidu pihak berkuasa Thailand dan Malaysia.
Dalam temuramah dengan Bernama, Polis Kol Puttidej Bunkrapue dari Polis Keretapi Thailand berkata bagaimanapun, ketiga-ketiga dalang sindiket itu yang dikenali dengan huruf "K", "L" dan "C" dapat meloloskan diri pada saat akhir."Kami (Polis Thailand) memiliki segala bukti tentang dalang-dalang itu daripada imej kamera litar tertutup hotel penginapan mereka, kereta sewa dan lain-lain," menurut Puttidej dalam satu pertemuan baru-baru ini.

Polis Thai menganggarkan nilai dadah itu bakal mencecah kira-kira RM400 juta (4 bilion baht) apabila mencecah pasaran gelap lebih lumayan di Eropah.Puttidej berkata ketiga-tiga dalang itu sudah lebih 30 kali memasuki Thailand berdasarkan kepada maklumat Jabatan Imigresen negara itu yang menunjukkan mereka berpengalaman dalam urusan haram itu.


Polis Keretapi Thailand merupakan agensi utama menyiasat kes itu kerana jenayah itu berlaku di laluan kereta api dan mereka yang bertanggungjawab memberkas kesemua 21 "keldai dadah" rakyat Malaysia itu.Menurut Puttidej, Polis Thailand telah menyerahkan maklumat berkenaan ketiga-tiga dalang utama sindiket dadah itu kepada Bukit Aman bagi membantu usaha memburu mereka di Malaysia.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Mokhtar Mohd Shariff berada di Bangkok baru-baru ini.

Hasil carian imej untuk rakyat malaysia ditangkap di thailand kes dadah

Puttidej berkata sebagai perancang utama kepada kumpulan besar "keldai dadah" rakyat Malaysia itu, ketiga-tiga lelaki terbabit telah pergi ke Chiang Mai lebih awal bagi melaksanakan urusan pembelian dadah itu.Berbanding kumpulan 21 rakyat Malaysia yang tiba di Chiang Mai menggunakan keretapi dari Bangkok, ketiga-tiga dalang itu tiba di bandar raya peranginan utara Thailand itu lebih awal menggunakan jalan udara dari Kuala Lumpur.

Selesai urusan pembelian dadah di Chiang Mai, mereka bertiga menaiki kapal terbang ke bandar Hatyai, di selatan Thai bagi menunggu bekalan dadah dibawa kumpulan "keldai dadah" rakyat Malaysia itu menggunakan jalan keretapi.

Puttidej berkata pihaknya percaya dadah itu diperoleh dari "kilang dadah" yang tersorok di dalam hutan Myanmar berhampiran sempadan di utara Thailand yang dikawal sindiket berkuasa di sempadan Myanmar-Thailand."Sindiket itu berkemungkinan besar menggunakan etnik minoriti 'Hmong' yang tinggal di kawasan sempadan untuk menyeludup masuk bekalan dadah itu ke Chiang Mai untuk diserahkan kepada tiga dalang itu," katanya.

Bekalan dadah kemudiannya dipunggah ke stesen keretapi Chiang Mai dalam puluhan beg pikul untuk dibawa "keldai dadah" terbabit untuk perjalanan selama 12 jam ke stesen keretapi Hualamphong di Bangkok.Kesemua mereka tiba di Bangkok pada 22 Mac dan pada 23 Mac meneruskan pula perjalanan dengan keretapi ke Hatyai dalam usaha membawa bekalan dadah itu menyeberangi pintu sempadan di utara Malaysia.

Puttidej berkata ketiga-tiga dalang itu telah sedia menunggu di Hatyai bersama beberapa buah kereta untuk fasa perancangan mereka seterusnya bagi menyeludup dadah ke Malaysia menggunakan jalan darat pula."Mereka mahu mengelak daripada melalui pintu masuk Padang Besar kerana kawalan pihak berkuasa amat ketat, menyebabkan memilih penggunaan jalan darat yang pada tanggapan mereka lebih selamat," katanya.  Malang bagi sindiket Malaysia itu, perancangan teliti mereka akhirnya dapat dihidu oleh Polis Thailand yang memasang perangkap dan memberkas 15 daripada mereka di stesen keretapi Hua Hin, Ratchaburi dan Prachuabkirikan.

Enam yang lain pula diberkas di dalam sebuah van di Phattalung dalam perjalanan ke sempadan Malaysia selepas meninggalkan bekalan dadah mereka di stesen keretapi Chumphon, Surat Thani.Katanya keenam-enam lelaki itu cuba melarikan diri selepas menyedari operasi Polis Thailand itu namun gagal dan ditahan oleh Polis Lebuhraya Thailand ketika berada dalam van.

"Bagi ketiga-tiga dalang yang sedang menunggu di Hatyai, mereka sedar usaha membawa masuk dadah tersebut telah gagal di tengah perjalanan keretapi itu dan melarikan diri dengan memasuki semula Malaysia," katanya.
Mereka meninggalkan beberapa buah kereta yang telah bersedia di Hatyai untuk mengangkut bekalan dadah yang sepatutnya tiba di stesen kereta api bandar selatan Thai itu, kata Puttidej.
"Pemburuan terhadap ketiga-tiga dalang utama sindiket itu kini beralih kepada pihak polis Malaysia pula," menurutya, sambil melahirkan keyakinan mereka akan ditangkap tidak lama lagi. -Bernama


 80% daripada 127,606 penagih dadah di dalam negara ini adalah Melayu. Khabar ini, berdasarkan rekod Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), antara tahun 2013 sehingga 2015, 80% daripada 127,606 penagih dadah adalah Melayu.





Kita diberitahu Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed,  80% daripada 127,606 penagih dadah di dalam negara ini adalah Melayu. Khabar ini, berdasarkan rekod Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), antara tahun 2013 sehingga 2015, 80% daripada 127,606 penagih dadah adalah Melayu.
Khabar ini adalah khabar yang benar dan khabar yang tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapapun.

Sesungguhnya dadah adalah musuh Negara juga penagihnya sejumlah 80 peratus Melayu itu adalah musuh Negara yang berbahaya.Kita dikhabarkan bahawa Negeri yang mempunyai bilangan penagih paling ramai ialah Pulau Pinang dengan 18,889 kes.

Persoalan yang timbul, mengapa lapan puluh peratus orang melayu. Pasti ada yang tidak kena dengan bangsa melayu ini.Melayu adalah bangsa penduduk asal tanah melayu sebelum nama Negara ini ditukar kepada Malaysia pada tahun 1963.Tanah Melayu adalah Negara orang melayu.Istilah Melayu bermakna suatu bangsa yang mendiami Negara ini sejak sekian lama.

Kita tidak boleh lupa bahawa tanah melayu telah di jajah oleh Portugis sejak 1511 hingga 1641 selama 130 tahun.Dijajah oleh Belanda sejak 1641 hingga 1824 selama 183 tahun. Di Jajah oleh Bristish 1 sejak 1824 hingga 1942 selama  118. Dijajah oleh Jepun 1942 hingga 1945 selama 3 tahun dan dijajah oleh British 2 sejak 1945 hingga 1957. selama 12 tahun.446 tahun tanah melayu dijajah.

1957 tanah melayu merdeka.Selepas namanya ditukarnya kepada nama Malaysia maka penduduk yang mendiami Negara ini pelbagai kaum dan bangsa. Ada China dan ada India dan kaum kaum lain di Sabah dan Sarawak.Mengapa melayu? tidak china dan tidak India 80 peratus menjadi penagih dadah di Negara ini. Mungkin jumlah penduduk China dan India manoriti.
Sesetengah mengatakan Melayu memang bangsa yang pemalas. Menteri dalam negeri pernah berkata Melayu malas. Malas bekerja. Malaslah punca orang Melayu jadi begitu.Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika jadi timbalan perdana menteri dan menteri kewangan dahulu pernah berkata orang melayu pandai beranak tapi tak pandai bela anak. Betulkah begitu.




Akan tetapi perlu dingat, Melayulah yang jadi perdana menteri .timbalan perdana menteri. melayu yang jadi menteri dan timbalan menteri.Pasti puncanya duduk disini. Jika melayu malas pasti perdana menteri dan timbalan perdana menteri, menteri menteri dan timbalan timbalan menteri pun malas.Bukan malas kerja. 
Kerja rajin tetapi malas fikir mengenai nasib bangsa sendiri.Mereka lebih utamakan diri sendiri dan  pentingkan diri sendiri berbanding pentingkan rakyat dan bangsanya yang pemalas.Jika orang melayu Malas perdana menteri dan timbalan perdana menteri dan para menterilah yang wajar lakukan inisiatif agar orang melayu jadi rajin menerusi sistem pendidikan negara.


Yang peliknya, perdana menteri dan timbalan perdana menteri dan para menteri dan para timbalan  menteri asyik duduk kumpul harta untuk jadi jutawan dan membiarkan orang melayu pada papa kedana dan hidup menderita.Dan selari dengan istilah Malaysia. Malay bahasa Engglish. Diterjemahkan kepada bahasa melayu, malay itu, Melayu.Kita sedia maklum bahawa melayu bangsa penduduk satu Malaysia.

Persoalan yang timbul perkataan “sia” diambil dari perkataaan apa pula.Diambil daripada perkataan Asiakah, kerana Malaysia duduk dibawah Negara Negara Asia.Akan perlu dingat, perkataan “sia” itu adalah istilah bahasa melayu iaitu “sia sia” yang maknanya tidak memberi faedah. Tidak mendatang apa apa faedah.Maka sesungguhnya pembangunan ekonomi Negara tidak memberi manfaat kepada orang melayu.Malah orang melayu sudah dipinggirkan oleh kerajaan yang memerintah.

Bukan setakat itu sahaja malah orang melayu dihalau keluar dari bandar bandar oleh kerajaan orang melayu sendiri kerana tidak boleh bersaing dengan bangsa China yang mendapat peluang peluang keemasan dari parti umno yang membela orang melayu konon.

Kini, orang china dibawa masuk kekampung kampung melayu oleh para pemimpin Melayu yang pentingkan diri sendiri dan sedang asyik mengumpul harta sebanyak mungkin untuk simpan dalam bank bank diluar Negara.Bayangkan ia sia sia sahaja.Perlu juga ingat kata kata sia jika ditambah dengan huruf L di belakangnya jadilah ia “sial”.Sial, pada istilahnya ia tidak bagus dan buruk. Ia sepadan dengan 80 peratus penagih dadah adalah Melayu. Demikian status qua orang melayu di Negara satu Malaysia ini.

Mungkin para Menteri ini terlupa bahawa mereka tidak akan berkuasa sampai kiamat, mungkin anak cucu mereka juga akan menjadi penagih dadah satu hari nanti akibat kebodohan dan buta perut mereka.

SHARE THIS

Author:

Previous Post
Next Post