
Terima penjelasan isu derma RM2.6b, kata Zahid
Semua pihak perlu menerima penjelasan mengenai derma RM2.6 bilion dan menjadikan isu itu satu titik noktah, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata selain menerima penjelasan Menteri Luar Arab Saudi Adel Al-Jubeir bahawa derma itu datang daripada negaranya, pihak yang telah memutarbelitkan isu berkenaan juga perlu menterjemahkannya dalam bentuk tindakan.
"Saya fikir, mesti berjiwa besar untuk menerima hakikat dan penjelasan ini ... siapapun, mantan perdana menteri sekalipun terimalah hakikat bahawa penjelasan ini adalah satu titik noktah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan 'Expo Outreach Dana Bumiputera @ Perak anjuran Pemuda UMNO Malaysia di Ipoh hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata isu derma tersebut telah dipolemikkan oleh pihak tertentu dengan pelbagai tujuan sehingga menyebabkan rasa menyampah rakyat mengatasi realiti sebenar.

Pada Jumaat, Al-Jubeir ketika ditemui pemberita selepas pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di luar Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke-13 di Istanbul, Turki mengaku bahawa sumbangan RM2.6 bilion kepada Najib memang datang daripada Riyadh.

Najib mungkin mempunyai kuasa untuk menutup dan menghentikan segala kritikan ,tetapi dia tidak mampu untuk memaksa semua orang mempercayai serta menerima segala pembohongannya .Semakin banyak dan kuat kuasa digunakan untuk menutup bangkai yang busuk ini semakin banyak kepercayaan akan hilang darinya dan akhirnya akan menghumbannya dari kuasa yang ada sekarang.