Latest
Loading...

Dengan semangat patriotik yang tinggi dikalangan rakyat Sarawak ,mereka harus menguburkan BN di Sarawak sebagai hukuman terhadap pengkhianatan Najib kepada rakyat dan Negara.

Najib Tun Razak, Rosmah Mansor, Adenan Satem dan pemimpin Barisan
Najib Tun Razak, Rosmah Mansor, Adenan Satem dan pemimpin Barisan Nasional (BN) Sarawak melaungkan slogan Hidup BN' pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Eastwood Valley, Miri, Sarawak, malam tadi. BERNAMA
MIRI 1 April – Sarawak akan terus teguh menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem.Ini kerana Perdana Menteri telah menunjukkan keikhlasan dan komitmennya untuk membantu negeri ini mengejar pembangunan dan kemajuan sebagaimana dinikmati negeri lain di dalam negara ini.

Najib juga amat memahami dan berfikiran terbuka apabila kepimpinan negeri membangkitkan isu se­perti penurunan lebih kuasa kepada kerajaan negeri dan memulihkan hak-hak lain yang diberikan kepada Sarawak menerusi Perjanjian Malaysia 1963 apabila ia menyertai pembentukan Malaysia.“Beliau tidak marah tetapi akan berkata kita boleh berbincang dan berunding,” beliau berkata pada majlis makan malam dan sesi ramah mesra bersama rakyat di Kelab Golf & Country Eastwood Valley yang dihadiri Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, di sini malam ini.

Adenan berkata, biarpun Najib berhadapan dengan masalah di Semenanjung, Sarawak tetap menyokong beliau.“Pendek kata, Najib memahami Sarawak dengan baik terutama kemahuannya untuk mengejar negeri-negeri yang lebih maju. Beliau sudah 49 kali melawat negeri ini hampir kesemua ceruk dan rantau,” katanya.Beliau berkata, apa yang menarik tentang lawatan dan tinjauan mesra Najib, ialah beliau tidak datang dengan tangan kosong atau hanya menguntumkan senyuman.

“Tinjauan mesranya telah menghasilkan tidak kurang RM3 bilion dalam bentuk geran pembangunan yang diagihkan biarpun dalam keadaan ekonomi negara yang tidak begitu baik ekoran kejatuhan harga minyak dunia,” kata beliau.“Daripada enam perdana menteri yang kita ada, beliau adalah yang paling penyayang dan prihatin terhadap Sarawak,” kata Adenan.
– BERNAMA




Berdasarkan pelbagai tuntutan dari Ketua Menteri Sarawak ,tidak mustahil sebaik sahaja habis Pilihanraya ,Ketua Menteri Sarawak akan ditukar dengan penjilat yang lebih bagus sebagaimana yang berlaku pada Menteri Besar Kedah dan Menteri Besar Trengganu  dimana  mereka hanya dipergunakan untuk memenangi Plihanraya.Setelah menang mereka akan ditendang keluar dari jawatan untuk digantikan dengan penjilat yang lebih bagus. 

Dengan semangat patriotik yang tinggi dikalangan rakyat Sarawak ,mereka  harus menguburkan BN di Sarawak sebagai hukuman terhadap pengkhianatan Najib kepada rakyat dan Negara.Sebelum mereka sendiri dikhianati sebagaimana yang berlaku terhadap rakyat Kedah dan Trengganu yang telah ditipu dan dikhianati oleh Najib.

SHARE THIS

Author:

Previous Post
Next Post