Latest
Loading...

Najib dicabar untuk menubuhkan partinya sendiri serta tak perlu menumpang serta mempergunakan nama UMNO jika merasakan dirinya diterima dan disokong oleh rakyat seluruhnya.

Dr. Mahathir dicabar tubuh parti baharu


  0  0 Google +0


KUALA TERENGGANU 21 April - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad wajar menerima kenyataan bahawa usahanya yang berterusan untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak sudah berakhir dengan kegagalan.Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, malah permainan politiknya itu semakin tidak relevan dalam landskap politik negara kerana pendekatan yang diambilnya tidak lagi mendapat sokongan setelah kebenaran terserlah.Katanya, Dr. Mahathir tidak boleh selama-lamanya bersandarkan tuduhan-tuduhan yang ternyata palsu.

"Dr. Mahathir kena terima kenyataan bahawa dia sudah gagal bahkan orang berterima kasih apabila dia keluar daripada UMNO kerana ekonomi negara bertambah baik dan nilai ringgit lebih kukuh."Matlamatnya untuk menjadikan anak beliau, Datuk Seri Mukhriz sebagai Perdana Menteri pun tidak akan berjaya kalau dibuat di luar UMNO," ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam majlis Pelancaran Jawatankuasa Pemantapan dan Pengukuhan Peranan Media Sosial Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) iaitu Jasa Connectivity yang disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman di sini hari ini.

- UTUSAN ONLINE

Najib dicabar untuk menubuhkan partinya sendiri serta tak perlu menumpang serta mempergunakan nama UMNO dan kerajaan jika merasakan dirinya diterima dan disokong oleh rakyat seluruhnya.Setelah menubuhkan parti baru dia boleh bebas menjadikan parti tersebut miliknya anak beranak seberapa keturunan yang disukainya.Najib sememangnya muka tak malu kerana menganggap seolah-olah UMNO dan negara ini adalah miliknya anak -beranak serta bebas melakukan apa saja.



Mungkin dia tidak sedar atau terlalu bodoh bahawa parti UMNO yang ada hari ini adalah parti baru UMNO yang ditubuhkan kembali oleh Tun Mahathir setelah parti lama UMNO diharamkan oleh pengkhianat dalam UMNO sendiri iaitu Tengku Razaliegh   yang menjadi penjilatnya sekarang.Tidak ada apa nak dihairankan dengan sikap pengkhianat bangsa dan negara seperti ini,apa saja akan dipergunakan demi kepentingan diri.


SHARE THIS

Author:

Previous Post
Next Post