Amerika menjadikan isu anti-Islam sebagai bahan kempen yang menguntungkan kumpulan pelampau untuk melancarkan propaganda.Amaran itu disuarakan oleh jurucakap jabatan berkenaan, John Kirby yang merujuk kepada kes calon Presiden daripada Parti Republikan, Donald Trump yang dijadikan sebagai bahan propaganda oleh kumpulan militan dari Somalia, Al-Shebab menerusi satu video.Video berkenaan disiarkan dalam internet selepas Trump menggesa kerajaan AS supaya menyekat kemasukan pelarian Islam ke negara ini.Kirby yang enggan menyebut nama Trump berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh calon Presiden itu telah digunakan dalam video propaganda kumpulan militan itu untuk merekrut anggota baharu, secara jelas menunjukkan kesan yang buruk.
Jelasnya, kenyataan yang berbaur kebencian akan digunakan oleh kumpulan militan bagi membuktikan ideologi dan propaganda mereka adalah betul, sekali gus meyakinkan orang lain untuk menyertai ‘perjuangan’ mereka.“Saya tidak mahu terlibat dengan perbahasan antara calon Presiden atau menyebut nama mana-mana individu yang mengeluarkan kenyataan retorik kerana negara ini merupakan negara yang bebas untuk menyuarakan pendapat, tetapi mereka perlu berhati-hati ketika berbicara.“Saya juga mahu menegaskan bahawa tiada ujian keagamaan dijalankan di AS dan perkara itu tidak akan berlaku untuk membawa masuk pendatang atau pelarian,” katanya.Disember lalu, Trump mencetuskan kontroversi apabila membuat kenyataan mahu menyekat kemasukan orang Islam ke negara ini susulan kes serangan pengikut kumpulan radikal yang meragut 14 nyawa di California.Kumpulan militan Al-Shebab mengambil kesempatan terhadap ucapan Trump itu dengan mengeluarkan video propaganda yang mengajak pelarian atau pendatang yang berlindung di negara-negara Barat supaya menyertai perjuangan mereka kerana dasar AS yang menentang golongan minoriti Islam. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/as-jangan-jadikan-anti-islam-sebagai-isu-1.179069#sthash.nDPOFo9a.dpuf

SHARE THIS