Perancangan untuk menjadikan negara ini sebagai negara Liberal dan Komunis sedang berjalan secara terancang dan tersusun.

 

Orang Melayu dan Islam tidak pernah menghalang bangsa lain dari menternak dan memakan babi di negara ini walaupun babi bukanlah sesuatu hak agama atau haiwan yang   dilindungi oleh perlembagaan negara  . Meskipun babi merupakan haiwan yang diharamkan untuk dimakan oleh orang Islam dan merupakan najis, umat Islam dinegara ini tidak pernah memaksa bangsa serta agama lain untuk menghapuskan haiwan ini dari negara ini.Jadi atas alasan apa orang bukan Islam negara ini perlu mencampuri hal yang berkaitan dengan Islam yang sememangnya dilindungi perlembagaan negara .




Undang-undang syariah adalah sebahagian dari Islam , sekiranya orang bukan Islam cuba mencampuri hal berkaitan Islam , orang Islam juga berhak mencampuri urusan bukan Islam dengan menghalang atau menyekat apa sahaja perkara yang menjejaskan umat Islam di negara ini yang diamalkan oleh orang bukan Islam di negara ini.Bolehkah perkara ini diterima oleh mereka sekiranya perkara sebegini berlaku.Atau sememangnya menjadi agenda mereka untuk menjadikan negara ini sebagai negara Liberal dan Komunis.





SHARE THIS

Author:

Previous Post
Next Post