Kesungguhan parti poltik bukan Melayu dan Islam menolak pindaan undang-undang Syariah menunjukkan parti-parti ini begitu bersungguh untuk memperjuangkan dasar Liberal,Sosialis dan Komunis untuk dilaksanakan dinegara ini.Adalah menjadi kewajipan seluruh umat Islam dinegara ini bersatu untuk menolak segala dasar perjuangan parti ini kerana dasar-dasar mereka sememangnya anti Islam kerana dasar Liberal,Sosialis dan Komunis sememangnya bertentangan dengan ajaran Islam yang akan dilaksanakan s sebaik sahaja mereka berkuasa secara mutlak.
Ahli politik bukan Melayu dan Islam di Malaysia sangat mementingkan kepentingan bangsa dan fahaman mereka serta sangat fokus dan konsisten dengan matlamat mereka .Apa sahaja peluang atau ruang yang ada akan dipergunakan sepenuhnya demi mencapai matlamat yang disasarkan.Pemimpin Melayu ,Islam dan Bumiputra pula lebih mudah mengalah ,lemah dan hilang fokus didalam politik sehingga segala peluang ini diambil kesempatan sepenuhnya untuk melemahkan serta menjatuhkan kepimpinan Melayu dan Islam di negara ini.

Sebagaimana krisis kewangan dan skandal 1MDB ,dimana segala perancangan yang dibuat sangat teliti yang tidak mungkin dapat dilaksana atau dirancang oleh Joe Low secara sendirian kerana melibatkan urusniaga yang rumit dan pelbagai pihak yang berkepentingan .Ianya berkemungkinan melibatkan pelbagai pihak yang berkepentingan serta kajian yang sangat mendalam sebelum krisis ini dirancang dan dilaksanakan secara berkesan untuk menjatuhkan ekonomi serta reputasi kepimpinan Melayu dan Islam dinegara ini.
Kemungkinan segala perancangan untuk menjatuh serta memburukkan kepimpinan Melayu dan Islam dinegara ini melalui krisis 1MDB , adalah untuk mengambarkan kepimpinan Melayu dan Islam yang dipimpin oleh Najib sangat korup dan bermasalah sehingga menghilangkan kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan Melayu dan Islam yang akan mengalihkan sokongan mereka terhadap kepimpinan bukan Islam yang Liberal,Sosialis dan Komunis seterusnya akan menyebabkan kepimpinan negara ini jatuh kepada pemimpin yang memperjuangkan dasar Liberal,Sosialis dan Komunis sehingga menyebabkan segala kepentingan Melayu ,Islam dan Bumiputra terus lemah dan tertindas.

Pemimpin dan parti bukan Melayu akan bersatu untuk memperjuangkan agenda mereka walau apa cara sekalipun walau mereka hanyalah minoriti yang berbeza bangsa ,agama dan sebagainya.Tetapi parti Melayu dan Islam walaupun majoriti dan bangsa serta agama yang sama ,begitu mudah mengalah dan hilang fokus didalam dasar perjuangan sehingga segala kelemahan ini digunakan untuk meningkatkan kekuatan parti yang memperjuangkan dasar Liberal,Sosialis dan Komunis sehingga mampu untuk membuat pelbagai perancangan yang teliti untuk melemah serta menjatuhkan parti dan pemimpin Melayu secara terancang dan tersusun .
Kepimpimpinan Umno bawah Najib pula memilih untuk terus menjadi lemah dengan bermusuh sesama ahli parti dengan mengheret parti kearah perpecahan yang akan menyebabkan parti UMNO terus lemah dan terpaksa bergantung kepada parti yang memperjuangkan dasar Liberal,Sosialis dan Komunis yang hanya mempergunakan UMNO untuk mencapai matlamat perjuangan mereka.