Najib memfitnah Tun Mahathir memfitnahnya .



Tun Mahathir ,Muhiydin,Muhkriz dan Shafie Afdal disingkirkan serta dilucut dari jawatan dalam parti serta kerajaan atas alasan memfitnah Najib dan kerajaan . Namun setelah terbukti kebenaran wujudnya penipuan dan penyelewengan besar-besaran dalam 1MDB yang disiasat dan dikesan oleh negara luar yang berkaitan dengan 1MDB adakah kesemua mereka yang disingkirkan boleh diterima masuk semula kedalam parti dan kerajaan.

Setelah terbukti wujud penipuan dan penyelewengan didalam 1MDB mengapa mereka yang berkaitan  dengan penguatkuasaan undang -undang tidak mengambil sebarang tindakan untuk menyiasat dan menghukum penjenayah yang telah menipu dan merompak berpuluh billion dengan meninggalkan hutang yang terpaksa ditanggung negara.Ini mungkin disebabkan oleh mereka yang berkaitan telah mendapat begitu banyak faedah dari penipuan dan penyelewengan ini sehingga kuasa yang adahanyadigunakan untukmenutup segala penyelewengan dan penipuan besar-besaran ini.

Mereka mungkin terlupa bahawa mereka sedang memusnahkan seluruh pentadbiran negara yang akan diwarisi oleh anak cucu serta kaum kerabat mereka sendiri dengan hanya dengan sedikit keuntungan yang tidak sempat pun dapat dirasai oleh anak cucu mereka sendiri.Siapa yang memfitnah siapa yang sebenarnya dalam perkara ini.





Dibawah pentadbiran Najib pelbagai peruntukan untuk kemudahan rakyat telah dipotong atau atau dihapuskan seperti subsidi ,pinjaman MARA,biasisiswa,perbelanjaan Universiti dan sebagainya .Tetapi apa yang peliknya setiap rakyat dipaksa membayar cukai sebanyak 6 % setiap hari tanpa mengira latar belakang sama ada kaya atau miskin melalui cukai GST.

Dibawah pentadbiran Najib pelbagai peruntukan untuk kemudahan rakyat telah dipotong atau  dihapuskan seperti subsidi ,biasisiswa,perbelanjaan Universiti dan sebagainya .Tetapi apa yang peliknya setiap rakyat dipaksa membayar cukai sebanyak 6 % setiap hari tanpa mengira latar belakang sama ada kaya atau miskin melalui cukai GST. Pengembangan ekonomi dan pencapaian ekonomi pula tidak kemana .


Sudahlah  pencapaian ekonomi tidak kemana, terbeban pula dengan beban hutang dan kegagalan 1MDB yang terpaksa ditanggung oleh negara sehingga terpaksa menyingkirkan semua orang yang mempersoalkan apa saja tentang 1MDB termasuk Tun Mahathir yang telah bersusah payah membangunkan negara selama lebih 20 tahun dengan pelbagai pencapaian hebat yang sangat dikagumi  serta dihormati serata dunia.


Dibawah pentadbiran Tun Mahathir pelbagai peruntukan untuk seluruh rakyat seperti subsidi dan biasiswa diberikan tanpa perlu mengutip pelbagai cukai dari rakyat yang membebankan.Dibawah pentadbiranya berpuluh ribu pelajar dapat dihantar keluar negara setiap tahun  dengan biasiswa kerajaan untuk  menimba pengalaman dan pelajaran dari negara luar  untuk pembangunan negara.


Dengan penyelewengan berleluasa dibawah Najib ,berbillion wang negara dibazirkan atau lesap kerana kelemahan pentadbiran dan pemantauan hingga kerajaan terpaksa menampung perbelanjaan dengan hutang yang semakin bertambah yang dikorek dari tabung-tabung amanah dan dana negara. 



Jika gagal bayar hutang negara RM627.5 bilion, dana dalam KWSP bakal lebur...Sebarkan.


Simpanan hari tua dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mungkin ‘lebur’ jika Kerajaan  gagal menjelaskan hutang tertunggak yang ditanggung negara.Wang yang dipinjamkan KWSP adalah wang rakyat, rakyat bakal alami kerugian besar jika Kerajaan  gagal lunaskan hutang itu.Malaysia menangung hutang RM627.5 bilion dengan 97 peratus daripadanya hutang domestik dan selebihnya iaitu tiga peratus hutang asing bernilai RM18.80 bilion.
Tidak menolak kemungkinan negara menuju muflis,  tindakan mencetak wang bagi membayar hutang berkenaan pula dikhuatiri mencetuskan masalah lain.Kita tidak mahu jadi Zimbabwe. Suatu masa dulu maju dan mencetak wang sesuka hati tetapi kini tidak bernilai langsung ,mata wang negara itu satu-satunya tidak diterima di seluruh dunia.

Jesteru  Kerajaan perlu telus mengurus dana awam bagi mengelakkan wang rakyat terus-terusan digunakan bagi kepentingan pihak tertentu.Segala simpanan yang dikumpul dari jerih payah rakyat bakal dirompak jika Kerajaan  gagal melunaskan hutangnya dan memilih secara sembarangan mencetak wang untuk melunaskan hutang.
 

SHARE THIS

Author:

Latest
Next Post