Surat pengesahan kepada penjilat Najib bahawa mereka perlu membayar dan
menanggung segala hutang dan beban dari 1MDB setelah semua harta dan wangnya dirompak oleh penyangak dan penyamun yang dilindungi Najib, yang mungkin merupakan rakan kongsinya.
m

Jumlah kos project Hydroelectric Bakun, termasuk access road ialah RM 8.0 b. Pemilik Bakun, Sarawak Hydro SH, sebuah GOC mampu membayar RM 100 juta kpd Kerajaan Negeri Sarawak sebagai Royalti Air spt termaktub didalam Akta Bekalan Elektrik 1990 dan juga Schedule 9 Perlembagaan Malaysia.
Royalti Air, lazimnya disekitar 5% daripada hasil , jadi kita boleh bayangkan hasil atau revenue Sarawak Hydro. Perlu dingatkan Sarawak Hydro telah diperbadanankan semasa Dr Mahathir dan mengambil alih daripada Ekran sebagai pemilik Bakun, tetapi hasilnya dinikmati semasa Najib. Dengan pendapatan disekitar RM 2.0 b setahun, sepatutnya Najib membangunkan infrastructure pembahagian supaya kuasa yg dijana oleh Stesen Hydroelectric Bakun dapat dinikmati oleh disetiap pelusuk Sarawak termasuk perkampungan rumah panjang, bukan memperlekehkan usaha Dr Mahathir untuk membangunkan Bakun.
Lain pula dengan 1MDB Najib, membeli IPP usang dengan jumlah kapasiti 7 500 MW, 40% saja kapasiti di Malaysia dgn harga RM 18 b dan menjual semula kepada Syarikat China pada harga 9 billion dengan menanggung kerugian. Disamping itu hutang 1MDB melonjak kepada RM 50 b, tanpa menjana sebarang hasil yang di perlukan.
Moral of the story for power project, Dr M telah meninggalkan legasi Bakun untuk dinikmati oleh semua rakyat , tetapi Najib akan meninggalkan legasi 1MDB dalam bentuk hutang tanpa sebarang hasil kepada negara setelah mengambilalih semua perniagaan 1MDB yang telah dirompak habis wang tunainya ,yang tinggal hanyalah beban dan hutang bertimbun yang membebankan kewangan negara.